Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Kes Joseph dan Amanda perkukuh pendirian Persatuan Renang tidak tolak ansur terhadap salah guna dadah

SSA ikrar sokong perenang agar tidak silap langkah lagi
Sep 03, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Renang Singapura (SSA) berikrar akan memainkan peranan dalam perjalanan pemulihan perenang negara Joseph Schooling dan Amanda Lim, yang telah mengaku mengambil ganja.



SSA melahirkan rasa kecewa tentang perkara itu, tetapi memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia memperkukuh pendiriannya tidak bertolak ansur dengan penggunaan dadah dalam kalangan masyarakat perenang.



"Kami telah bekerjasama dengan Joseph dan Amanda setiap hari untuk membantu mereka mencapai sasaran kelakonan renang mereka dan sama-sama bergelut dengan cabaran apabila mereka menghadapinya pada waktu lalu.



"Kami akan meneruskan perjalanan kami ini dengan mereka serta menyokong perenang itu agar mereka tidak tersilap langkah lagi," katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di Facebook.



Pada Selasa lalu, Schooling, satu-satunya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Singapura, mengaku mengambil ganja ketika di Vietnam bagi Sukan SEA pada Mei.



Kes perenang berusia 27 tahun itu sudah ditangani Kementerian Pertahanan (Mindef) memandangkan beliau sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) dan kejadian itu berlaku ketika beliau dalam tempoh pelepasan jangka pendek daripada perkhidmatannya kerana Sukan SEA di Hanoi.



Schooling menjalani rejim ujian air kencing selama enam bulan manakala pelepasan dan cutinya dibatalkan. Ini bererti beliau tidak dapat mewakili Singapura bagi Sukan SEA dan Asia tahun depan.



Agensi sukan negara Sport Singapore (SportSG) pula menyatakan Lim, 29 tahun, telah diberi amaran keras oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) di bawah Akta Penyalahgunaan Dadah.



Kededuanya diuji negatif dadah terkawal, dan mengeluarkan kenyataan meminta maaf bagi kesilapan mereka.



Menyusuli itu, presiden SSA, Mark Chay, berkata persatuan itu akan bekerjasama dengan SportSG dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) untuk "menyemak semula fakta kes ini dan langkah sewajarnya yang harus diambil".



SNOC akan menghimpunkan jawatankuasa tatatertib untuk menyiasat perkara tersebut.



Chay menambah: "Dadah tiada tempat dalam masyarakat kami dan kami mempunyai pendirian toleransi sifar terhadap penggunaan haram dadah. Pesanan ini, bersama jangkaan bagi atlet nasional kita menegakkan mutu perilaku tertinggi, akan diperteguh semula dalam kalangan masyarakat perenang kami menerusi jurulatih kebangsaan dan anggota kerabat kami."



SSA juga memohon privasi atlet dan keluarga mereka dihormati, di samping menggesa setiap orang tidak menambah spekulasi sedang siasatan isu itu dijalankan.




"Dadah tiada tempat dalam masyarakat kami dan kami mempunyai pendirian toleransi sifar terhadap penggunaan haram dadah. Pesanan ini, bersama jangkaan bagi atlet nasional kita menegakkan mutu perilaku tertinggi, akan diperteguh semula dalam kalangan masyarakat perenang kami menerusi jurulatih kebangsaan dan anggota kerabat kami."
- Mark Chay, Presiden Persatuan Renang Singapura (SSA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >