Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kes kebakaran di rumah berkurangan tahun lalu: Faishal

Jan 11, 2023 | 05:30 AM



JUMLAH kes kebakaran yang berlaku di premis kediaman telah berkurangan daripada 1,235 pada 2018 kepada 934 pada tahun lalu, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Api di dapur yang terabai semasa memasak, pembuangan sembarangan bahan yang masih ada api, seperti puntung rokok, dan kebakaran daripada punca elektrik yang mungkin disebabkan peralatan elektrik atau wayar yang rosak merupakan punca utama bagi kes kebakaran tersebut.



Sementara itu, jumlah kes kebakaran di kediaman akibat punca elektrik kekal stabil antara 250 dengan 300 kes setiap tahun dari 2018 hingga tahun lalu.



Dr Faishal berkata pemilik rumah memainkan peranan penting dalam mengelakkan kebakaran di rumah daripada berlaku.



Beliau berkata demikian di Parlimen semalam dalam menjawab soalan Encik Liang Eng Hwa (SMC Bukit Panjang) dan Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) berhubung kes kebakaran di premis kediaman.



Dr Faishal berkata selepas berlakunya kebakaran di rumah, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan mendekati penduduk di blok yang terjejas untuk berkongsi panduan keselamatan kebakaran.



Ini termasuk mengagihkan risalah yang memberi nasihat tentang cara menghindari kebakaran bateri dan alat mobiliti peribadi (PMD).



"SCDF, dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA), Majlis Persediaan Kebakaran dan Kecemasan Awam Kebangsaan (NFEC) dan Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat, telah menganjurkan siri Hari Daya Tahan Masyarakat di kawasan kejiranan untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan penduduk.



"SCDF juga bekerjasama dengan NFEC dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk mendidik pemilik rumah baru mengenai persediaan keselamatan dan kecemasan kebakaran melalui Pameran Bergerak MyNiceHome," kata beliau.



Beliau menambah bahawa SCDF juga kerap menyemak Kod Kebakaran, yang menetapkan syarat keselamatan kebakaran bagi bangunan di Singapura.



Misalnya, SCDF memerlukan alat isyarat kebakaran rumah (HFAD) dipasang di semua premis kediaman baru sejak Jun 2018.



Dr Faishal berkata pemilik rumah boleh mengambil beberapa langkah untuk mengelakkan kebakaran berlaku di rumah.



Antaranya, mereka boleh menghindari kebakaran elektrik di rumah dengan hanya menggunakan peralatan elektrik yang disahkan selamat, seperti PMD diperakui UL2272 dan palam yang mempunyai tanda Safety Mark, mematikan peralatan jika tidak digunakan, dan memastikan wayar dalam keadaan baik.



Bagi premis kediaman yang dibina sebelum Jun 2018 dan oleh itu tidak dimandat memasang HFAD, pemilik rumah digalak memasang alat itu.



"SCDF akan terus bekerjasama dengan rakan untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pencegahan kebakaran dan cara penduduk boleh kekal selamat sekiranya kebakaran berlaku di rumah," kata Dr Faishal.




"SCDF, dengan kerjasama Persatuan Rakyat (PA), Majlis Persediaan Kebakaran dan Kecemasan Awam Kebangsaan (NFEC) dan Jawatankuasa Kecemasan dan Pendekatan Masyarakat, telah menganjurkan siri Hari Daya Tahan Masyarakat di kawasan kejiranan untuk meningkatkan tahap kesedaran keselamatan kebakaran dalam kalangan penduduk."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kementerian Pembangunan Negara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >