Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Kes kecurian minyak marin kian meningkat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes kecurian minyak marin kian meningkat

Sep 15, 2014 | 07:30 PM

KES-KES kecurian minyak marin kian meningkat di perairan Singapura, kata polis semalam.

Dalam kebanyakan kes, minyak diesel itu dicuri oleh anak-anak kapal Indonesia daripada kapal mereka sendiri, dan kemudiannya dijual kepada sebuah lagi kapal pada harga yang separuh lebih murah dari asal.

Kru dari kapal pembeli itu, yang juga dari Indonesia, kemudian bertindak sebagai orang tengah dan menjualnya kepada sebuah lagi kapal di luar kawasan perairan Singapura pada harga yang sedikit tinggi tetapi masih di bawah harga pasaran.

Polis berkata, sebanyak 6,000 liter minyak telah dijual beli secara haram itu tahun lalu.

Bahkan, kata Timbalan Komander Polis Pengawal Pantai (Tugas Khas), Encik Lim Kim Tak, 60,000 liter minyak telah bertukar tangan tahun ini sehingga Julai.

Menurutnya, jumlah yang melompat 10 kali ganda itu berkemungkinan besar terjadi ekoran suatu insiden melibatkan 50,000 liter minyak.

Mencuri minyak marin merupakan kesalahan pecah amanah dan pesalah boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, didenda, atau kedua-duanya.

Sesiapa yang membeli minyak tersebut pula dihukum penjara lima tahun dan didenda.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3