Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kematian ibu, anak di Bedok: Jiran temui wanita bersedih

Oct 30, 2020 | 08:18 PM



TIGA minggu sebelum seorang wanita 35 tahun dan bayinya yang berusia lima minggu ditemui mati di kaki blok HDB Bedok North pada Khamis (29 Oktober), seorang jiran bertemunya dalam keadaan sedih. 



Jiran yang hanya ingin dikenali sebagai Cik Low, 80-an tahun, memberitahu akhbar The Straits Times:



"Wajahnya sangat pucat. Bayinya menangis kuat dalam lif. Saya tidak begitu mengenalinya atau keluarganya tetapi saya fikir, dia seorang yang sangat pendiam."



The Straits times dimaklumkan wanita berkenaan dan suami, kedua-duanya berusia 30-an tahun, mendirikan rumah tangga pada 2013 dan mempunyai anak perempuan berusia empat tahun.



Mereka merupakan penduduk blok  tersebut. Tiada orang di rumah apabila wartawan mengunjungi unit flat pasangan ini tetapi ada beg berisi makanan dan nota yang ditinggalkan di pintu rumah mereka.



Seorang lagi jiran yang berusia 70-an tahun dan hanya ingin dikenali sebagai Encik Ismail pula menyatakan beliau terlihat wanita itu dan anak sulungnya di kawasan kejiranan beberapa kali.



"Saya melihatnya sekali ketika beliau sarat mengandung. Beliau nampak sangat gembira dan menemani anaknya yang menaiki basikal. Saya macam tak percaya wanita ini dan bayinya sudah tiada," ujar Encik Ismail yang menetap di blok yang sama.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >