Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kematian kembar di longkang Upper Bukit Timah: Bapa berdepan dengan tuduhan bunuh kedua

Feb 18, 2022 | 11:29 PM



BAPA pasangan kembar 11 tahun yang ditemui mati di longkang besar sekitar Upper Bukit Timah Road berdepan  dengan tuduhan membunuh kedua pada pagi Jumaat (18 Februari).



Xavier Yap Jung Houn, 48 tahun, kini juga dituduh membunuh Aston Yap Kai Shern pada 21 Januari antara 4.23 petang hingga 6.18 petang di longkang tertutup di Taman Permainan Greenridge Crescent.



Tuduhan pertamanya adalah membunuh kembar yang seorang lagi Ethan Yap E Chern dengan dakwaan itu sudah diperbetulkan pada Jumaat.



Masa pembunuhan itu didakwa berlaku diubah antara 4.23 petang hingga 6.18 petang.



Xavier Yap sebelum ini dituduh pada 24 Januari.



Di mahkamah pada Jumaat, dia muncul menerusi pautan video dengan memakai kemeja-T putih dan pelitup bedah biru.



Polis pendakwa memberitahu mahkamah bahawa laporan Institut Kesihatan Mental (IMH) sudah selesai hasilnya.



Beliau menambah laporan Penguasa Sains Kesihatan (HSA) dan laporan perubatan berkenaan kecederaan yang dialami Xavier Yap pula belum dibereskan.



Peguam Yap, Encik Anil Singh Sandhu, berkata beliau akan bertemu anak guamnya pada Rabu depan.



Dalam satu kenyataan awal, polis berkata Xavier Yap telah menghubungi mereka dari taman permainan itu untuk meminta bantuan pada 6.25 petang pada 21 Januari.



Aston dan Ethan kemudian ditemui terbaring dan tidak bergerak dalam longkang besar berdekatan. Mereka disahkan mati di tempat kejadian oleh seorang paramedik.



Kembar itu dipercayai mempunyai keperluan khas dan bersekolah di sebuah sekolah di kawasan estet Eng Kong.



Xavier Yap berdepan dengan hukuman mati jika didapati bersalah membunuh.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >