Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kematian kembar: Polis bawa bapa ke tempat mayat ditemui

Jan 28, 2022 | 05:30 AM



XAVIER Yap Jung Houn, (berbaju merah , bapa kepada dua kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang ditemui mati di dalam longkang berhampiran taman permainan Greenridge Crescent, telah dibawa oleh polis ke tempat mayat budak-budak itu ditemui.



Yap, 48 tahun, didakwa Isnin lalu atas tuduhan membunuh salah seorang anak lelakinya, Ethan Yap E Chern. Anak lelaki yang lain dikenali sebagai Aston Yap Kai Shern.



Kira-kira 3.10 petang semalam, Yap dilihat tiba di tempat kejadian dengan menaiki van hitam.



Tertuduh memakai baju merah, seluar gelap paras lutut dan selipar, dan berjalan dengan menundukkan kepalanya.



Yap kelihatan digari dan dikelilingi oleh kira-kira lima pegawai polis. Dia kemudian dibawa ke longkang besar, kawasan sekitar yang sebelum ini telah dikepung oleh polis.



Anggota polis dilihat mengelilingi kawasan terkepung, menghalang orang luar daripada masuk.



Sebelum Yap memasuki longkang yang basah dan kotor itu, dia menukar kasut hitam paras lutut.



Dua pegawai dilihat meletakkan sekurang-kurangnya empat penanda anak panah di kawasan itu.



Satu penanda diletakkan di taman permainan berhampiran berhampiran mesin senaman, satu diletakkan di longkang, manakala satu lagi diletakkan di tangga menuju ke longkang.



Tertuduh dan para pegawai kemudian masuk ke dalam longkang dan berjalan sepanjang longkang itu sehingga mereka hilang daripada pandangan.



Yap berada di kawasan itu bersama anggota polis selama kira-kira 35 minit dan kemudian meninggalkan lokasi dengan menaiki van hitam yang sama.



Pegawai penyiasat lain kekal di tempat kejadian selepas Yap pergi.



Kira-kira 5 petang, pasukan pegawai itu beredar dan tali kepungan polis diturunkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >