Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kes keracunan makanan: Spize, anak syarikat didenda $32,000

Bersalah dalam insiden Nov 2018 yang sebabkan seorang maut, 45 masuk hospital
Dec 04, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT katering Spize dan anak syarikatnya Spize Events semalam didenda $32,000 selepas didapati bersalah dalam insiden keracunan makanan yang menyebabkan lebih 60 orang sakit dan meragut nyawa seorang pegawai polis auksiliari.



Dalam satu kenyataan semalam, Pejabat Peguam Negara (AGC) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata dua syarikat itu didapati bersalah bagi 14 tuduhan berhubung insiden pada 6 November 2018 itu, termasuk memiliki makanan yang tidak sesuai dimakan manusia.



Syarikat itu membekalkan bungkusan makanan bento kepada syarikat keselamatan Brink's Singapore bagi acara korporat untuk menyambut Deepavali pada 6 November 2018. Seramai 63 daripada 96 orang yang makan bento itu mengalami simptom gastroenteritis - radang perut dan usus - dan 45 daripada mereka dimasukkan ke hospital.



Encik Mohamad Fadli Mohd Saleh, 38 tahun, meninggal dunia selang lapan hari, akibat sepsis yang menyebabkan berbilang organ tubuhnya gagal berfungsi.



"Namun, tiada bukti mencukupi untuk menghubungkan kematian Encik Mohamad Fadli dengan kecuaian sebarang individu. Oleh itu, tiada tuduhan dikenakan ke atas sebarang individu," kata AGC dan SFA.



AGC dan SFA berkata Spize Events, sebuah restoran, dan Spize, cawangan berlesen bagi makanan dibawa pulang, juga didapati bersalah kerana menggajikan pengendali makanan tidak berlesen, menyediakan makanan di premis tidak berlesen, dan gagal membersihkan peralatan memasak dan permukaan dapur. Lesen operasi Spize dan Spize Events dibatalkan pada 6 Disember 2018.



Tahun lalu, Koroner berkata siasatannya menunjukkan ada kesilapan membimbangkan di cawangan restoran Spize di River Valley. Menurut dokumen mahkamah, salmonella, bakteria yang diketahui menyebabkan penyakit berkaitan makanan, juga ditemui di permukaan dapur yang dikongsi dua syarikat itu. Bakteria sama juga ditemui di sebahagian makanan yang telah dimasak. Bahan najis juga ditemui dalam makanan yang dimasak dan di peralatan dapur.



Kebanyakan individu yang dimasukkan ke hospital didapati dijangkiti beberapa jenis salmonella.



"Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), sumber jangkitan salmonella itu amat teruk kerana tempoh inkubasi pendek dan bilangan kes tinggi yang dimasukkan ke hospital," menurut dokumen mahkamah.



SFA menambah bahawa ia mengadakan pemeriksaan kerap ke atas kedai menjual makanan dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan ketat terhadap pihak yang gagal mematuhi peraturan keselamatan makanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >