Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes kiriman tweet berbaur perkauman: Penjara 3 minggu bagi pengarah kanan yang menyamar sebagai 'Sharon Liew'

Jun 08, 2021 | 10:34 PM



SEORANG pengarah kanan syarikat perisian komputer dan dua temannya bergabung tenaga pada Julai 2018 untuk membuka akaun Twitter parodi bagi mempersendakan warga Singapura yang tidak peka dengan isu perkauman.



Namun secara ironinya, dia pula akhirnya menjadi individu yang mula mengirim pesanan tweet yang menyinggung perasaan kaum lain dan berbaur perkauman.



Zainal Abidin Shaiful Bahari, kini 35 tahun, yang menyamar sebagai pengguna Twitter "SharonLiew86" bagi mengirim pesanan tweet yang menyinggung perasaan dihukum penjara tiga minggu pada Selasa (8 Jun).



Warga Singapura itu mengaku salah di atas dua tuduhan melibatkan tindakan menentang keharmonian kaum. Dua tuduhan serupa lain dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Senthilkumaran Sabapathy berkata akaun itu meraih tarikan dalam talian dan mempunyai lebih 5,600 pengikut menjelang Ogos 2018.



Zainal kemudian mengambil alih akaun itu seorang diri selepas dua teman warga Singapuranya itu berhenti daripada menggunakan akaun itu pada awal 2019. Dia kemudian mula mengirim pesanan tweet yang menyinggung perasaan dan berbaur perkauman selepas itu.



Pada 11 Oktober 2019, dia menghasilkan pos yang secara sengaja mengatakan pencapaian akademik pelajar Melayu lemah berbanding rakan sebaya berbangsa Cina.



Dia juga menggunakan kekata penghinaan kaum apabila merujuk pada orang India dalam dua pos pada 25 Mac dan 17 April tahun lalu.



DPP Senthilkumaran memberitahu Timbalan Pengerusi Hakim S. Jennifer Marie bahawa Zainal mengirim pesanan tweet secara khusus sebagai respons pada laporan berita dalam talian mengenai bilangan kes Covid-19 yang meningkat dalam kalangan pekerja migran di dormitori.



Mahkamah mendengar bahawa sebilangan angka yang dibabitkan ini melibatkan pekerja India dan Bangladesh.



DPP menambah:



"Pesanan tweet pada 17 April itu disebar meluas di Internet...Yang tertuduh telah menghapuskan tweet itu sekitar 30 minit selepas ia dimuatnaikkan setelah menyedari tweet itu tular dan mendapat perhatian negatif yang banyak dalam talian daripada orang awam."



Mahkamah juga diberitahu bahawa pos keempat Zainal pada 18 April tahun lalu melibatkannya mempersenda "pottu" atau titik berwarna yang biasanya digunakan penganut agama Hindu di dahi mereka.



Seorang penduduk awam memberitahu polis tidak lama selepas itu dengan pegawai dari Divisyen Polis Bedok kemudian berjaya menjejak identiti Zainal lima hari selepas itu.



Zainal kemudian mengaku kepada polis bahawa dia telah memuatnaikkan pos awam itu pada akaun Twitter tersebut dan didakwa di mahkamah pada Julai tahun lalu.



Pada 2 Mei tahun lalu, Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, menulis di Facebook bahawa "pos berniat jahat" itu dibuat secara sengaja bagi mewujudkan kemarahan, rasa tidak suka (dan) ketegangan kaum".



Beliau menambah individu di sebalik pos itu bukan wanita ataupun penduduk Cina sepertimana nama akaun yang digunakan iaitu "Sharon Liew".



Pada Selasa, DPP Senthilkumaran menggesa mahkamah agar mengenakan hukuman sekurang-kurangnya empat minggu kepada Zainal, dengan menekankan sikapnya itu "adalah kebiasaan seorang penghasut maya" yang meraih hiburan songsang dengan sengaja meledakkan emosi orang lain". 



"Tabiat mengapi-apikan secara sengaja yang ada padanya juga menjejas sebarang tuntutan bahawa dia cuba memupuk kesedaran sosial mengenai isu perkauman menerusi parodi.



"Dia sengaja bertindak sedemikian untuk menghiburkan dirinya sendiri dengan sengaja membangkitkan rasa perkauman dan emosi orang lain," jelas DPP Senthilkumaran lagi.



Zainal diwakili peguam Encik Sunil Sudheesan dan Cik Diana Ngiam.



Dalam rayuannya, Encik Sudheesan memberitahu mahkamah anak guamnya bukan individu yang bersikap perkauman dan "seikhlasnya sudah menyesali perbuatannya".



Beliau juga mengatakan Zainal "cuba untuk buat lawak" tetapi "terlanjur melanggar batasannya".



Dalam satu kenyataan pada Selasa, Pejabat Peguam Negara (AGC) berkata ia mengambil serius "kata-kata atau tingkah laku yang mengguris rasa perkauman sesiapa atau membawa prasangka pada keharmonian kaum dan hubungan masyarakat".



"Pesalah yang melakukan kesalahan ini akan ditangani secara tegas," ia menambah.



Bagi setiap kesilapan menentang keharmonian kaum, seorang pesalah boleh dipenjara hingga tiga tahun dan didenda.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >