Subuh
5:50
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:15
Isyak
8:22

Kes kontraban dikesan di pusat pemeriksaan paling tinggi tahun lalu

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes kontraban dikesan di pusat pemeriksaan paling tinggi tahun lalu

Feb 27, 2019 | 02:19 PM

SEBANYAK 107,771 kes kontraban dikesan di pusat pemeriksaan Singapura tahun lalu, satu kenaikan 19 peratus berbanding 90,327 tahun sebelumnya.

Ini adalah perangkaan tahunan paling tinggi yang pernah dicatat, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam laporan tahunannya hari ini (27 Feb).

Ini bermakna secara purata ada sekitar 300 kes sehari pada 2018.

Agensi itu berkata ini rata-rata disebabkan oleh peningkatan dalam kes kontraban yang dikesan di pusat pemeriksaan darat.

Menurut laporan itu, lori dan kenderaan komersial berat terus menjadi antara cara pengangkutan paling biasa bagi barangan kontraban, satu trend yang ICA dapati "membimbangkan".

Ini disebabkan oleh "saiz besar" kenderaan sedemikian, yang membolehkan bilangan besar barangan kontraban atau bahan sensitif keselamatan, seperti bahan letupan dan kimia perindustrian toksik, disembunyikan di dalam konsainan atau ruang rahsia.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3