Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes langgar lari: Penunggang motosikal keluar ICU

May 31, 2017 | 05:30 AM



SEKITAR 16 tahun lalu, adiknya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.



Rabu lalu pula, Encik Shaiful Amjad Basri pula terlibat dalam kemalangan yang nyaris meragut nyawanya.



Namun, beliau beransur pulih dan dipindahkan ke wad pergantungan tinggi kelmarin, setelah menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).



Teknisyen lif berusia 47 tahun itu kini dalam keadaan stabil.



Encik Shaiful, yang sedang memandu motosikalnya dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pulau Jurong, dikatakan dilanggar sebuah kereta SUV hitam dari kiri.



Video yang disebar secara luas di Internet, Encik Shaiful tercampak ke lorong paling kanan dan kemudiannya diseret sebuah kereta putih.



Menurut polis, pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan di Ekspreswe Rentas Pulau (PIE) arah ke ke Lapangan Terbang Changi itu pada 6.59 petang.



Semasa ditemui Berita Harian di Hospital Universiti Nasional (NUH) semalam, Encik Shaiful sudah boleh bercakap dan tidak lagi menggunakan bantuan pernafasan.



Ibu Encik Shaiful, Cik Maisah Hasan, berkata beliau terperanjat apabila mendapat khabar mengenai kemalangan itu.



"Saya selalu nasihatkan dia supaya berhati-hati dan saya yakin dia pemandu yang selamat," ujar Cik Maisah, 71 tahun.



Beliau menambah bahawa itu bukan kemalangan pertama yang menimpa keluarganya, dan ia seperti sejarah berulang.



Cik Maisah merujuk kepada seorang lagi anak beliau yang meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.



"Apabila saya mendapat panggilan, saya teringat balik kejadian lama. Tetapi syukur alhamdulillah beliau selamat," kata beliau, yang tinggal bersama anaknya itu.



Encik Shaiful mengalami keretakan tulang rusuk, lengan, tangan, dan pelviknya, menurut abangnya, Encik Sjaiful Bahri Basri, 54 tahun.



Meskipun sudah menjalani dua pembedahan besar bagi membantu pendarahan dalaman beliau serta lengan, Encik Shaiful akan menjalani lagi satu pembedahan kecil bagi tangan kirinya, esok.



Beliau dalam keadaan sedar apabila dikejarkan ke hospital.



Adiknya Encik Shaiful, Cik Nurud Do'a Basri, 36 tahun, berkata mereka sekeluarga memberi sokongan kepadanya.



"Kami tahu bahawa perjalanannya untuk pulih agak lama, tetapi kami ingin beliau tabah lebih-lebih lagi kerana anak-anaknya masih kecil," ujarnya, yang menambah bahawa abangnya itu bersemangat kuat.



Encik Shaiful mempunyai dua anak berusia enam dan lapan tahun. Isteri beliau, Cik Nur Aida Dahlan, sedang mengandung anak ketiga mereka.



Meskipun bersyukur Encik Shaiful semakin pulih, keluarga beliau berharap mendapat jawapan bagi pertanyaan mereka mereka mengenai apa yang berlaku.



"Sehingga kini, kami sekeluarga belum lagi tahu status pemandu kereta hitam itu.



"Kami berharap ada pegawai polis dapat datang berjumpa kami dan terangkan kepada kami keadaannya sekarang jadi kami dapat tenang," kata Encik Sjaiful Bahri.



Jurucakap polis berkata siasatan masih dijalankan.



Sehingga tengah hari semalam, Berita Harian difahamkan belum ada sembarang tangkapan dibuat berhubung kes itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >