Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes lanun di Selat S'pura tertinggi dalam tempoh 5 tahun, bentuk kebanyakan kes di perairan Asia pada 2020

Jan 15, 2021 | 09:07 PM



BILANGAN kes lanun dan rompakan bersenjata di Selat Singapura tahun lalu mencecah jumlah tertinggi dalam tempoh setengah dekad, dengan34 kes dilaporkan keseluruhannya.



Angka ini membentuk sebahagian besar kes di perairan Asia tahun lalu (2020) iaitu lebih sepertiga daripada 97 kes yang berlaku secara keseluruhannya, jelas Pusat Perkongsian Maklumat (ISC), Perjanjian Kerjasama Serantau Membanteras Lanun dan Rompakan Bersenjata Terhadap Kapal di Asia (ReCAAP) pada Jumaat (15 Januari).



Daripada 34 kes itu, 30 daripadanya berlaku di laluan timur Skim Pemisahan Trafik, berhampiran kepulauan Indonesia, Batam dan Bintan, kata pengarah eksekutif ISC ReCAAP yang berpangkalan di Singapura, Encik Masafumi Kuroki, dalam satu sidang media.



Akhbar The Straits Times melaporkan, ISC ReCAAP mengeluarkan perangkaan ini dalam laporan tahunannya di acara maya, Forum Nautikal ke-12 pada Jumaat, yang dihadiri 100 orang dari syarikat dan persatuan perkapalan, agensi pemerintah dan institusi akademik.



Jumlah 97 kejadian di Asia menampakkan peningkatan sebanyak 17 peratus berbanding 83 kes pada 2019.



Bagaimanapun, hampir tiga suku kes yang dilaporkan berada dalam kategori paling rendah di mana penyerang tidak membawa senjata dan anggota kru kapal tidak dicederakan.



Sungguhpun begitu, empat anggota kru yang telah dibawa lari pada Januari daripada bot nelayan berhampiran Sabah masih dalam tawanan. ISC ReCAAP berkata risiko kru dilarikan dari kapal tinggi dan ia mempunyai maklumat tentang penculikan yang dirancang di Sabah dan kota Semporna di Pulau Borneo, Malaysia, yang menumpukan sasaran pada kapal yang melintasi kawasan itu.



Selain Selat Singapura, bilangan kejadian melanun dan rompakan bersenjata juga berlaku di perairan Bangladesh, India, Filipina, Vietnam dan Laut China Selatan, kata Encik Kuroki.



Secara rasmi, melanun melibatkan serangan di perairan antarabangsa sementara rompakan bersenjata pula melibatkan serangan dalam perairan sesebuah kawasan dalam negeri.



Encik Kuroki menambah pandemik Covid-19 mungkin faktor penyumbang pada bilangan kes yang meningkat tahun lalu.



"Kesusahan ekonomi yang berpunca daripada Covid-19 buat masyarakat yang menetap berhampiran lautan boleh membawa pada lebih ramai orang terdesak merompak di lautan. Mungkin juga waktu kerja kru kapal yang dipanjangkan kerana sukar bertukar giliran kru memenatkan mereka sehingga membuatkan mereka mungkin kurang berjaga-jaga," katanya.



Beliau menambah pandemik ini juga memperkukuh kepentingan perkapalan bagi perdagangan global dan tambahan kes tahun lalu adalah "peringatan lantang bahawa lebih banyak perlu dilakukan bagi mempertingkat keselamatan pengangkutan kelautan dan memelihara kesejahteraan kru".



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >