Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes lelaki dakwa diri Nabi: Masagos gesa masyarakat waspada, dapatkan bimbingan asatizah ARS

Nov 10, 2020 | 08:23 PM



MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamed menekankan peri pentingnya masyarakat Islam di sini berwaspada apabila mendapatkan bimbingan agama.



Dalam satu catatan di Facebook, Encik Masagos berkata:

"Saya ingin menekankan peri pentingnya untuk masyarakat Islam Singapura sentiasa berwaspada apabila mendapatkan bimbingan agama dan memastikan agar asatizah yang dipilih berwibawa dan tersenarai dalam ARS (Skim Pengiktirafan Asatizah). 



"Sekiranya anda tidak pasti atau berdepan dengan ajaran yang mengelirukan, segera hubungi Muis (Majlis Ugama Islam Singapura) untuk dapatkan nasihat."



Kenyataan tersebut dikirimkan berikutan laporan The Straits Times pada 9 November mengenai individu yang dikatakan menyampaikan ilmu agama walaupun tidak bertauliah dan mengamalkan ajaran songsang.



Menurut Encik Masagos, laporan The Straits Times itu telah mengemukakan dakwaan baru yang mesti disiasat Muis dan pihak berkuasa. 



Justeru beliau menggesa agar mereka yang mempunyai maklumat berkenaan individu itu tampil ke hadapan.



"Jika anda ada sebarang maklumat mengenai perkara ini, segara menghubungi Muis bagi membantu siasatannya. Kita harus bertindak selaras dengan undang-undang. Saksi yang sedia memberi bukti di mahkamah sangat diperlukan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >