Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes lelaki dituduh bunuh anak tiri: Ibu beri keterangan

Feb 03, 2021 | 09:42 PM




IBU kepada budak perempuan berusia empat tahun yang didakwa dibunuh oleh bapa tirinya memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa anaknya itu memberitahunya lelaki tersebut tidak menumbuknya.





Syabilla Syamien Riyadi, 24 tahun, berkata Nursabrina Agustiani Abdullah memberitahunya bahawa adik lelaki kembar tirinya, yang berusia hampir dua tahun pada masa itu, telah duduk di atas perutnya.





Syabilla, yang kini direman di penjara setelah ditangkap tahun lalu atas kesalahan dadah dan meminjam wang secara haram, telah memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada Rabu (3 Feb), hari kedua perbicaraan pembunuhan yang dihadapi suaminya, Muhammad Salihin Ismail.





Salihin, 28 tahun, didakwa mengakibatkan kecederaan di bahagian perut anak tirinya itu yang membawa kepada kematian budak perempuan tersebut.





Dia menghadapi hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup jika disabit kesalahan.





Menurut laporan The Straits Times, pada pagi 1 September 2018, Syabilla telah ke kerja sebagai pelayan, apabila Salihin memukul dan menendang Nursabrina di bahagian perutnya kerana marah apabila budak itu membuang air kecil di lantai.





Petang itu, setelah Syabilla pulang dari kerja, Nursabrina mengadu sakit perut dan muntah-muntah sepanjang malam.





Keesokan paginya, dia terus muntah-muntah dan tidak sedarkan diri.





Salihin kemudian menyuruh Syabilla menelefon ambulans.





Nursabrina disahkan meninggal dunia di hospital pada 10.12 pagi dan autopsi mendapati punca kematiannya disebabkan pendarahan dalaman yang teruk di bahagian perut.





Syabilla memberitau mahkamah bahawa Nursabrina memberitahunya bahawa kedua-dua kembar telah duduk di atas perutnya, kemudian menunjukkan genggaman tangan.





Syabilla kemudian menanyakan Nursabrina sama ada Salihin telah menumbuknya dan budak perempuan itu mengatakan tidak.





Syabilla, penduduk tetap (PR) dari Indonesia berkata dia tidak menanyakan lebih lanjut kepada Salihin tentang apa yang berlaku kerana dia "takut kepadanya".





"Dia akan menjadi defensif jika saya tanya lebih banyak soalan," katanya.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >