Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31

Kes lelaki enggan jalani ujian swab untuk dapat elaun $100 gambaran mengapa pekerja pendapatan rendah harus diberi gaji lebih baik: Presiden Halimah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes lelaki enggan jalani ujian swab untuk dapat elaun $100 gambaran mengapa pekerja pendapatan rendah harus diberi gaji lebih baik: Presiden Halimah

Jan 18, 2022 | 10:13 PM

TINDAKAN seorang teknisyen kawalan serangga yang enggan menjalani ujian swab meskipun mengalami batuk teruk dan diberitahu akan diberi cuti sakit sementara menanti keputusan ujian Reaksi Rantaian Polymerase (PCR) tidak disangkal lagi adalah tidak bertanggungjawab, jelas Presiden Halimah Yacob di Facebook. 

Lelaki yang dihukum penjara selama lima minggu pada Selasa (18 Januari) kerana mendedah orang awam pada Covid-19 setelah disyaki menghidapnya enggan menjalani ujian swab dan diberi cuti sakit untuk tidak terlepas menerima elaun kehadiran bulanan sebanyak $100.

Namun, Puan Halimah menambah, kes ini juga menunjukkan satu amalan pekerjaan yang biasa serta boleh membawa mudarat buat pekerja. 

"Untuk mendapatkan elaun kehadiran tambahan, pekerja mungkin enggan mengambil cuti sakit apabila mereka tidak sihat khususnya bagi pekerja berpendapatan rendah. $100 untuk seseorang yang bergaji $1,500 sebulan dengan keluarga untuk disara adalah jumlah yang banyak yang boleh digunakan untuk membeli keperluan.

"Memberi insentif kepada pekerja agar bekerja walaupun sakit boleh membawa bahaya juga untuk mereka yang mengendalikan mesin kerana ia mendedah mereka dan orang lain kepada kecederaan," jelas Puan Halimah.

Menurutnya, huraian sebenar adalah memastikan pekerja bergaji rendah dibayar pendapatan lebih baik agar mereka tidak perlu bergantung pada insentif sedemikian untuk penakatan.

"Bagi syarikat yang membayar elaun kehadiran, mereka berharap dapat menghalang penyalahgunaan cuti sakit dan bukannya menghukum mereka yang benar-benar sakit dengan menafikan pekerja ini bayaran yang sewajarnya.

"Juga, di dalam pandemik kini, tidak adil untuk menafikan pekerja elaun kehadiran apabila mereka mengambil cuti sakit kerana mereka positif Covid-19 atau perlu menanti  keputusan ujian PCR. Majikan harus memberi keterangan jelas kepada pekerja mereka," kata Puan Halimah lagi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3