Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes lempar kucing di Yishun: Lelaki kurang cerdas dikenakan probesen

Jun 07, 2016 | 03:06 PM



SEORANG lelaki penganggur berusia 41 tahun yang melempar kucing dari tingkat 13 sebuah blok di Yishun Ring Road dan menyebabkan kematian haiwan itu pada 30 Oktober tahun lalu, dijatuhi hukuman probesen 18 bulan pada Selasa (7 Jun).



Lee Wai Leong, yang kurang cerdas, telah mengaku bersalah menganiayai haiwan. Kucing itu mati akibat pelbagai kecederaan trauma, termasuk patah tulang dan kegagalan organ.



Mahkamah Masyarakat mendengar bahawa Lee melakukan kesalahan itu kerana kucing tersebut - yang diambilnya dari tingkat bawah - "bising" dan memasuki rumahnya sekali sebelum itu.



Encik Josephus Tan, peguam yang ditugas membela Lee oleh Skim Bantuan Guaman Jenayah (Clas), berkata dalam mitigasinya bahawa Lee kurang cerdas dan berhenti sekolah selepas darjah empat.



Beliau berkata anak guamnya mempunyai darjah kecerdasan (IQ) serupa orang berusia 10 tahun atau kurang, tidak dapat bekerja dan menghabiskan masanya membantu melakukan kerja rumah dan menjaga 14 ikan peliharaannya.



Beliau juga berkata ibu bapa, abang, kakak ipar dan anak saudara Lee juga mengambil langkah-langkah bagi memastikan dia tidak menganiayai kucing lagi.



Hakim Daerah Mathew Joseph memberitahu Lee bahawa keganasan haiwan tidak akan dibiarkan.



"Ia kejam dan ia satu tindakan pengecut terhadap makhluk yang tidak dapat membela dirinya. Saya harap awak ambil pelajaran daripada perkara ini," kata beliau.



Encik Joseph berkata satu kes keganasan terhadap binatang "sudah terlalu banyak".



Penguasa Pertanian Makanan dan Ternakan (AVA) menerima 39 laporan kematian kucing di Yishun sejak September tahun lepas.



Di bawah perintah probesen itu, Lee akan menghadiri program yang ditentukan oleh pegawai probesen dan ibu bapanya akan dikenakan bon bagi memastikan dia berkelakuan baik.



Lee boleh dihukum penjara hingga 18 bulan dan denda hingga $15,000 di bawah Akta Haiwan dan Burung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >