Kes mayat kanak-kanak dalam periuk di Chin Swee Road: Wanita diberi pelepasan sementara daripada kesalahan membunuh, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

Kes mayat kanak-kanak dalam periuk di Chin Swee Road: Wanita diberi pelepasan sementara daripada kesalahan membunuh

Mar 02, 2021 | 05:35 PM

SEORANG wanita, yang dituduh membunuh anak perempuannya  berusia dua tahun dengan mayatnya ditemui dalam periuk besi lima tahun selepas jenayah itu dilakukan, telah dilepaskan buat sementara waktu daripada kesalahan membunuh.

Wanita berusia 32 tahun itu pada Selasa (2 Mac) diberi pelepasan yang tidak sampai kepada pembebasan bagi tuduhan membunuh yang dihadapinya.

Pelepasan yang tidak sampai kepada pembebasan bermakna dia masih boleh didakwa bagi kesalahan itu nanti, bergantung pada bukti yang timbul.

Wanita itu masih menghadapi 12 tuduhan tambahan, termasuk beberapa tuduhan penganiayaan melibatkan empat kanak-kanak lain. Kesnya dijangka didengar lagi pada 14 Mac.

Dia dan suaminya yang berusia 33 tahun didakwa pada September 2019 kerana membunuh anak perempuan mereka di sebuah flat di Chin Swee Road pada Mac 2014.

Berita Popular

Mayat kanak-kanak itu dijumpai dalam sebuah periuk pada 2019.

Bagi bapa kanak-kanak itu, AGC dalam kenyataan sebelumnya berkata ia akan meneruskan tuduhan membunuh terhadapnya.

Dia menghadapi 13 tuduhan lain, termasuk penganiayaan kanak-kanak, menyimpangi laluan keadilan dengan membuang dan menyembunyikan mayat kanak-kanak itu, memberi maklumat palsu kepada penjawat awam mengenai keberadaannya, dan penggunaan dadah.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map