Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KES MENIPU PROJEK PENYALAAN LAMPU RAYA GEYLANG SERAI

Salleh Sam dijatuhi hukuman penjara 20 minggu

May 11, 2016 | 05:30 AM



USAHAWAN Melayu/Islam terkenal, Salleh Sam, semalam dijatuhi hukuman penjara 20 minggu atas tiga tuduhan menipu beberapa agensi pemerintah hampir $341,000.



Ini selepas pengurus syarikat MCC Events & Production (MCCEP) itu mengaku bersalah atas penglibatannya dalam kes penipuan Majlis Pusat berhubung perbelanjaan bagi acara penyalaan lampu Hari Raya Geylang Serai pada 2011 dan 2012.



Dia juga didenda $6,000 atas satu tuduhan menyertai pengurusan MCCEP secara langsung sebagai seorang muflis tanpa kebenaran daripada Mahkamah Tinggi atau keizinan secara lisan daripada pegawai pemegang harta.



Salleh, 50 tahun, telah mengaku bersalah kelmarin atas kesalahan bersubahat bersama tiga individu lain untuk menipu Lembaga Pelancongan Singapura (STB), Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) dan Lembaga Totalisator Singapura (Tote Board).



Tiga individu terbabit termasuk bekas Presiden Majlis Pusat, Saharudin Kassim; bekas setiausaha kewangan, Abdul Ghani Tahir; dan bekas pengurus Majlis Pusat, Gazaly Malek.



Hakim Daerah Adam Nakhoda berkata beberapa faktor utama yang dipertimbang bagi memberi hukuman yang sesuai dalam kes Gazaly juga dikenakan dalam kes Salleh.



Antaranya, persubahatan itu melibatkan penipuan dirancang terhadap beberapa jabatan pemerintah dan ia menyebabkan lebih banyak jumlah wang awam daripada yang harus dibayar kepada Majlis Pusat.



"Sementara saya bersetuju bahawa peranan tertuduh adalah penting, saya terima bahawa dia bukan dalang persubahatan.



"Namun, ia jelas bahawa tertuduh sedar akan kesalahan tindakan yang dia lakukan dan saya juga ingin menekankan bahawa tanpa penyertaannya, perbuatan melakukan kesalahan itu akan menjadi lebih sukar," kata beliau.



"Walaupun Gazaly dan tertuduh memainkan peranan berbeza, saya masih mendapati bahawa kebersalahan mereka adalah serupa.



"Oleh itu, saya bersetuju dengan hujah pihak pendakwa bahawa perlu ada persamaan dalam hukuman Gazaly dan tertuduh."



Turut hadir di mahkamah ialah isteri dan anak-anak Salleh yang kelihatan sedih, namun agak tenang apabila hukuman dijatuhkan oleh Hakim Daerah kepada tertuduh.



Peguam belanya, Encik Savliwala Fakhruddin Huseni, meminta hukuman ditangguh hingga dua minggu kemudian.



Penangguhan tersebut diminta kerana anak guamnya perlu menyelesaikan hal keluarga.



Salleh kini sedang diikat jamin $40,000 dan pasportnya ditahan.



Permintaan tersebut tidak dibangkang pihak pendakwa dan diluluskan hakim.



Salleh akan menjalani hukuman penjara mulai 23 Mei bersama Gazaly yang turut dijatuhi hukuman penjara selama 20 minggu.



Kes Saharudin dan Abdul Ghani pula akan didengar Isnin ini.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >