Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Kes NSF SCDF maut: NSF beri senyuman takut selepas kejadian ‘ragging’ disebut

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes NSF SCDF maut: NSF beri senyuman takut selepas kejadian ‘ragging’ disebut

Jun 12, 2019 | 03:23 PM

APABILA rakan sekerjanya meneriakkan “kolam, kolam” berulang kali, anggota Perkhidmatan Negara sepenuh masa (NSF) Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) Koperal Kok Yuen Chin hanya membalas dengan senyuman berbaur ketakutan.

Upacara 'kolam' itu melibatkan pegawai memasuki perigi pam sedalam 12 meter di Balai Bomba Tuas View.

NSF Mohamed Rabik Atham Ansari berkata beliau sudah cukup kenal dengan Koperal Kok, 22 tahun, untuk membezakan antara senyumannya.

“Saya cukup kenal dengan Koperal Kok dan saya tahu kalau dia senyum dengan takut,” katanya semasa memberi keterangan di mahkamah hari ini (12 Jun) pada hari ketiga perbicaraan dua pegawai SCDF – Kenneth Chong Chee Boon, 38 tahun, seorang leftenan; dan Nazhan Mohamed Nazi, 40 tahun, seorang pegawai waran kanan pertama.

Chong dan Nazhan masing-masing dituduh membantu dalam satu tindakan terburu-buru dengan berdiam diri sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

Koperal Kok mati lemas selepas beliau ditolak ke dalam perigi pam di Balai Bomba Tuas View bagi meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatannya (ORD) pada pada 13 Mei 2018.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3