Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes pandu semasa mabuk bertambah dalam Fasa Kedua

Dec 23, 2020 | 08:55 PM



BILANGAN individu yang ditangkap bagi kesalahan memandu semasa mabuk telah meningkat sejak  Fasa Dua pembukaan semula ekonomi bermula di sini, daripada 118 kes pada Julai kepada 150 kes September lalu,



Demikian diumumkan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim di pelancaran kempen cegah memandu semasa mabuk yang diadakan secara maya pada Rabu (23 Dis).



Beliau juga menggesa agar orang ramai berwaspada semasa musim perayaan hujung tahun ini sekiranya mereka ingin menyambutnya bersama teman atau keluarga sambil meminum arak.



"Sedang kami memasuki musim perayaan akhir tahun ini, ramai akan mengambil kesempatan ini untuk bertemu dengan teman dan keluarga sambil memakan dan ada yang mungkin ingin menikmati minuman arak.



"Jika anda ingin berbuat demikian, harap gunakan pengangkutan awam dan jangan memandu... jika anda ingin memandu, harap dapatkan khidmat valet untuk menghantar anda pulang," katanya dalam ucapan menerusi video yang diterbitkan di laman Facebook Use Your Road Sense yang dikendalikan Polis Trafik Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >