Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes pasangan tumbuk dan tendang pengirim Grab Food: Wanita 33 tahun dipenjara

Nov 30, 2021 | 06:37 PM



SEPASANG kekasih menyerang pengirim makanan Grab Food setelah lelaki itu menunggang basikal melintasi antara mereka ketika mereka berjalan di Waterway Point di Punggol.



Mereka terus menampar muka dan menendang perut pengirim makanan itu walaupun lelaki itu mengangkat tangannya untuk memberitahu mereka agar berhenti. Serangan itu menyebabkan hidungnya lebam dan lengannya calar-balar.



Pada Selasa (30 November), wanita tersebut, Wan Farah Shireen Abu Hassan, 33 tahun, dihukum penjara empat bulan dan empat minggu kerana empat kesalahan termasuk sengaja menyebabkan kecederaan dan menggunakan kad debit yang tidak dimilikinya.



Lagi enam dakwaan termasuk menyebabkan gangguan diambil kira. 



Teman lelakinya pada ketika itu, Aloysius Hoe Wai Peng, 40 tahun, pada 31 Ogos, dipenjara tiga minggu dan didenda $800 kerana satu kesalahan menyerang, bergaduh di tempat awam dan berbuat nakal.



Pada 3 Febaruari tahun lalu, pasangan warga Singapura itu sedang berjalan di jambatan penghubung Waterway Point sekitar 7.30 malam apabila pekerja pengiriman Grab Food, Encik Daniel Seah, 31 tahun, menunggang basikal antara mereka.



Farah memekik: "Tak tahu nak cakap 'tumpang lalu' ke?"



Encik Seah turun dari basikalnya dan bertanya mengapa Farah berteriak ke arahnya dan jika dia mengalami sindrom prakedatangan haid, jelas Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Daphne Jazreen Chee.



Pasangan itu telah menyumpah Encik Seah manakala Farah memukul kepalanya.



Hoe pula menendang Encik Seah di perutnya dan melempar beg galas Grab Food ke arahnya.



Encik Seah cuba mempertahankan dirinya dengan mengangkat tangannya.



"Farah tidak terhalang dan menghayun tangannya ke arah muka Encik Seah. Bagaimanapun, Encik Seah menghadang wajahnya," jelas DPP Chee.



Farah menendang perut Encik Seah dua kali dan menghayunkan beg tangannya berkali-kali ke arah kepala Encik Seah.



Apabila pengawal keselamatan pusat beli-belah itu tiba, Farah terus menumbuk muka Encik Seah sehingga hidungnya berdarah. Serangan itu dirakam keratan kamera pemantauan dari jambatan penghubung. Encik Seah dihantar ke hospital.



Meminta penjara enam bulan buat Farah, DPP Chee berkata: "Serangan itu satu hala sahaja sedang yang terdakwa terus memukul Encik Seah walaupun Encik Seah kurang membalas serangannya."



Mahkamah juga diberitahu Farah dan seorang temannya, Amirul Afifi Zaimy, 28 tahun, menggunakan kad debit POSB PAssion yang mereka temui untuk membeli barangan sejumlah $160 dari Guardian dan Giordano.



Mereka cuba membeli sepit udang basikal tetapi transaksi dengan kad itu tidak berjaya.



Kad debit itu ditinggalkan di terminal bayaran di cawangan McDonald's di Kelab Masyarakat Pasir Ris Elias dengan bayaran semula belum dibuat sejauh ini.



Hoe, bekas duta jarak selamat, sebelum ini, dituduh mengherdik seorang pengurus kedai haiwan, He Jun, 48 tahun, kerana tidak menggunakan pelitup di Yishun Central 1 pada 16 Disember tahun lalu. Hoe melakukannya ketika dalam siasatan kerana serangan di Punggol.



Satu pertengkaran berlaku dengan Encik He melempar patung boneka singa ke arah Hoe. Kedua-duanya mula bergelut sebelum seorang saksi cuba mendamaikan mereka.



Sesiapa yang menggunakan kad debit bukan miliknya untuk membeli barangan secara tidak jujur boleh didenda dan dipenjara hingga 10 tahun.



Kerana sengaja menyebabkan kecederaan, Farah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda $10,000.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >