Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan cinta libatkan wanita S'pura sebagai keldai wang: 2 lelaki Nigeria dipenjara

Dec 07, 2021 | 06:55 PM



DUA lelaki Nigeria yang merupakan anggota komplot penipuan cinta transnasional di Malaysia menjalin hubungan dengan wanita Singapura yang kemudian bertindak sebagai keldai wang mereka.



Awolola Oladayo Opeyemi, kini 37 tahun, mendapatkan khidmat dua wanita - Suhaili Suparjo dan Faridah Rashid. Dia juga mempunyai anak bersama Suhaili.



Seorang lagi warga Nigeria, Awolola Gbolahan Ayobami, kini 40 tahun, mendapatkan khidmat Norhafiza Samsudin, yang juga melahirkan anaknya.



Dokumen mahkamah tidak mendedahkan jika dua lelaki ini ada kena mengena dengan satu sama lain. Mereka melakukan kesalahan mereka antara 2017 dengan 2019. 



Pada Selasa (7 Disember), Opeyemi dihukum lima tahun penjara di mahkamah daerah Singapura selepas dia mengaku bersalah di atas tiga tuduhan tingkah laku dengan orang lain bagi menerima ganjaran tatalaku jenayah berkaitan dengan kerugian lebih $550,000.



Ayobami yang mengaku bersalah di atas dua kesalahan tingkah laku dengan orang lain bagi menerima ganjaran tatalaku jenayah berkaitan dengan kerugian $150,000 diarahkan menghabiskan empat tahun dua bulan di penjara.



Setiap lelaki ini juga mengaku bersalah di atas satu kesalahan menjadi sebahagian daripada usaha bersekongkol dalam menghalang urusan keadilan. Kes melibatkan tiga wanita Singapura itu masih menanti untuk dibicarakan.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Jordon Li berkata dua warga Nigeria ini pada awalnya memasuki Malaysia atas alasan meneruskan pengajiannya.



Sebaliknya, mereka pula memainkan peranan penting dalam membantu sindiket ini meneruskan kegiatan jenayahnya.



Dua warga Nigeria ini bekerjasama dengan seorang anggota komplot yang hanya dikenali sebagai ''Fola'. 



Opeyemi dan Ayobami kemudian mendapatkan khidmat keldai wang untuk membantu mereka mendapatkan wang daripada mangsa.



Urusan memastikan keldai wang ini menyerahkan wang berkenaan kepada dua lelaki ini kemudian dibuat.



Menurut DPP Li, dua lelaki ini tidak memasuki Singapura sepanjang melakukan kesalahan berkenaan.



Beliau memberitahu Timbalan Pengerusi Hakim, S. Jennifer Marie, tipu helah berkenaan melibatkan anggota komplot itu mengenali mangsa dengan menggunakan identiti palsu di Internet.



Kata DPP Li: "Si penipu akan membangun hubungan cinta romantis dengan mangsa lantas mendapatkan kepercayaan mereka. Penipu itu kemudian meminta agar wang daripada mangsa diperolehi dengan menggunakan pelbagai alasan palsu dan mempergunakan hubungan dan kepercayaan yang telah dibina.



"Mangsa yang mempercayai si penipu kemudian akan memindahkan wang dari bank atau menyerahkan wang tunai sejajar dengan arahan daripada si penipu."



Opeyemi mengenali Suhaili pada 2016. Suhaili membenarkannya menggunakan salah satu akaun banknya untuk menerima wang tunai itu bagi pihak Opeyemi.



Akaun itu kemudian dibekukan selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada mangsa penipuan cinta ini. Pada 2017, dia meminta Suhaili agar membuka akaun bank lain dan dia bersetuju.



Antara Jun dengan Oktober tahun itu, dua akaun menerima wang tunai lebih $450,000 daripada beberapa mangsa penipuan dari Singapura, Canada dan Macau. 



Pihak pendakwa berkata Suhaili akan mengeluarkan wang daripada akaun itu dari masa ke masa sebelum berkunjung ke Malaysia bagi menyerahkannya kepada Opeyemi.



Mahkamah diberitahu pada 2018, Suhaili diberikan lebih $100,000 dengan dia kemudian berkunjung ke Malaysia bagi menyerahkan wang tersebut kepada Opeyemi.



Ayobami melakukan kesalahan serupa dengan cara yang sama.



Pendakwa berkata pada 2018 dan 2019, seorang wanita diperdaya menyerahkan wang $85,000 kepada Norhafiza yang tidak dapat meninggalkan Singapura kerana pihak polis telah menahan pasportnya.



Dia kemudian memberitahu anak lelakinya agar berkunjung ke Malaysia dan menyerahkan wang itu kepada Ayobami. Anaknya bersetuju dan membuat dua kunjungan ke sana.



Menurut dokumen mahkamah, apabila si anak kemudian enggan berbuat demikian, Ayobami meminta Norhafiza agar menyerahkan wang itu kepada keldai wang yang lain. Dia bersetuju.



Dalam satu kenyataan awal, pihak polis berkata mereka mengendalikan siasatan bersama dengan polis Malaysia dan mengesahkan identiti dua warga Nigeria itu.



Dalam satu operasi pada 16 April 2019, polis Malaysia menangkap Opeyemi dan Ayobami di Kuala Lumpur.



Kedua-dua lelaki ini dibawa ke Singapura pada 13 Mei tahun lalu dan didakwa di mahkamah keesokan harinya.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >