Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan OCBC: $2j didapatkan semula

Feb 16, 2022 | 05:30 AM



HINGGA Ahad lalu, pihak berkuasa membekukan 121 akaun bank tempatan dan mendapatkan semula sekitar $2 juta yang lesap dalam kes penipuan pancingan data yang menyasarkan pelanggan OCBC Bank.



Sekitar $2.2 juta wang simpanan mangsa dikesan pada 89 akaun bank luar negara, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri), Encik Desmond Tan, di Parlimen semalam ketika menjawab soalan beberapa Anggota Parlimen (AP) tentang siasatan penipuan yang berlaku Disember lalu itu.



Berdasarkan siasatan awal polis, sekurang-kurangnya 107 alamat Protokol Internet (IP) tempatan dan 171 luar negara dikaitkan dengan akses tanpa izin akaun perbankan Internet mangsa.



"Banyak laman web penipuan yang digunakan dalam penipuan pancingan data dihoskan oleh syarikat layanan web berpangkalan di luar negara," kata Encik Tan, yang juga pengerusi Jawatankuasa Antara Kementerian mengenai Penipuan (IMCS) yang ditubuhkan pada April 2020.



Polis telah memulakan siasatan terhadap alamat IP tempatan itu dan pemilik akaun tersebut. Polis juga sedang bekerjasama dengan agensi polis antarabangsa Interpol dan agensi penguatkuasa undang-undang asing bagi menyiasat penerima dana yang dipindahkan ke luar negara dan hos laman web penipuan.



Encik Tan berkata terdapat peningkatan mendadak dalam jumlah penipuan yang dilaporkan di Singapura. Penipuan pancingan data melibatkan khidmat pesanan ringkas (SMS) menyamar sebagai bank di sini meningkat ketara daripada 149 kes pada 2020 kepada 1,021 tahun lalu.



Penipuan OCBC kes terbesar melibatkan skim penipuan itu. Secara keseluruhan, 23,931 kes penipuan dilaporkan tahun lalu dan mana 5,020 daripadanya penipuan pancingan data.



Encik Tan mendedahkan polis bakal membentuk Komand Antipenipuan tahun ini bagi menyepadukan kepakaran tentang penipuan di semua unit polis, sekali gus meningkatkan penyelarasan penguatkuasaan dan siasatan kes penipuan.



Beliau menambah bahawa "memerangi penipuan memerlukan usaha seluruh masyarakat".



"Walaupun SPF (Pasukan Polis Singapura) meningkatkan penguatkuasaannya, anggota masyarakat masih harus memainkan peranan penting."



Beliau menggalak masyarakat memanfaatkan aplikasi ScamShield yang telah dimuat turun sebanyak 257,000 sehingga kini. Sejak ia diperkenal, sekitar 3.7 juta SMS dan panggilan dikenal pasti berpotensi sebagai kes penipuan oleh algoritma dalam aplikasi itu dan daripada laporan yang dibuat pengguna. Selain itu, 15,500 nombor telefon disekat.



Encik Tan berkata IMCS akan meneruskan usaha menggalak orang ramai memuat turun aplikasi ScamShield, termasuk melalui pelibatan masyarakat oleh SPF dan relawan Duta Pencegahan Jenayah.



"Kami menggesa orang ramai supaya terus berwaspada, dan juga meningkatkan kesedaran kolektif dengan berkongsi panduan pencegahan penipuan dengan rakan dan keluarga anda," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >