Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penipuan subsidi pemerintah: Bekas penolong pengarah rantaian pusat jagaan kanak-kanak yang tidak lagi beroperasi didenda

Sep 21, 2021 | 04:09 PM



MANTAN penolong pengarah rantaian pusat jagaan kanak-kanak yang kini tidak lagi beroperasi berkomplot dengan dua lagi rakan sekerja bagi menipu sebuah agensi pemerintah dalam mengagihkan subsidi jagaan kanak-kanak hampir $5,000. 



Arulnadam Rajeswary yang merupakan pengetua di beberapa pusat jagaan kanak-kanak Faith Educare sebelum dinaikkan pangkat didenda $6,000 pada Selasa (21 September).



Wanita 53 tahun itu mengaku bersalah di atas dua tuduhan menipu melibatkan $2,100 jumlah yang telah silap diagihkan.



Lagi enam tuduhan serupa dipertimbangkan sewaktu Hakim Daerah Wong Li Tein menjatuhkan hukuman.



Rajeswari telah berkomplot dengan dua lagi rakan subahat, Josephine Tan Poh Choo, 53 tahun, dan Fatimah Bivee Mohd Shariff, 43 tahun, dalam mengirimkan beberapa permohonan subsidi yang palsu kepada Agensi Pembangunan Jagaan Awal Kanak-Kanak (ECDA) pada 2016.



Tuntutan tersebut adalah bagi kanak-kanak yang tidak atau bakal menghadiri pusat jagaan kanak-kanak.



Pada ketika itu, Tan adalah pengarah dan pemegang saham pusat jagaan kanak-kanak itu manakala Fatimah adalah pengetua di dua pusat jagaan.



Sekitar 2015 atau Januari 2016, Tan mengarahkan Rajeswary agar mengirimkan tuntutan subsidi jagaan kanak-kanak asas kepada ECDA buat kanak-kanak yang tidak atau belum memasuki pusat jagaan tersebut.



Rajeswary diminta menggunakan maklumat yang diperolehi sebelum ini dalam borang yang diserahkan kepada pusat jagaan kanak-kanak oleh ibu bapa yang meninjau kemungkinan memohon bagi subsidi tersebut.



Dia juga ditugaskan mengesahkan kehadiran kanak-kanak ini dalam Sistem Pautan Jagaan Kanak-Kanak ECDA di mana tuntutan subsidi dibuat.



Fatimah akan memberikan tandatangannya bagi pihak ibu bapa dalam rekod daftar masuk dan daftar keluar bagi menunjukkan bahawa kanak-kanak itu kononnya berada di pusat jagaan mereka.



ECDA telah mengagihkan $4,800 berpandukan tuntutan palsu tiga orang ini.



Ia kemudian membuat laporan polis pada 31 Ogos, 2016. Dokumen mahkamah tidak menjelaskan bagaimana kesalahan itu diketahui.



Rajeswary dan Fatimah tidak secara langsung meraih manfaat daripada komplot menipu agensi itu, jelas dokumen mahkamah berkenaan.



Tan pula telah membayar semula secara penuh tuntutan subsidi yang telah tersilap diagihkan itu.



Rajeswary adalah anggota terakhir dalam komplot itu yang dihadapkan ke mahkamah.



Tan didenda $10,500 pada 6 Julai manakala Fatimah didenda $3,000 pada 1 Julai.



Dalam kes Tan, mahkamah diberitahu dia telah menjual pusat jagaan kanak-kanak itu pada Disember 2019.



Bagi setiap tuduhan berkaitan penipuan, Rajeswary boleh dipenjara hingga tiga tahun atau didenda, mahupun kedua-duanya sekali.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >