Kes penunggang skuter langgar kanak-kanak disiasat
Apr 22, 2019 | 05:30 AM
PIHAK polis sedang menyiasat tuntutan bahawa seorang penunggang e-skuter telah melanggar seorang kanak-kanak di laluan pejalan kaki pusat beli-belah Orchard pada Jumaat lalu.
Seorang pejalan kaki telah mengambil video dan memetik gambar yang menunjukkan bapa budak lelaki itu sedang bertengkar dengan penunggang e-skuter tersebut dan memuatnaikkan video itu kepada beberapa kumpulan Facebook.