Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes penyakit ginjal terus naik, 6 didiagnos setiap hari

Mar 13, 2023 | 05:30 AM



KES penyakit ginjal terus meningkat pada kadar yang membimbangkan, dengan seramai 6 orang didiagnos menghidapi penyakit itu setiap hari.



Ia merupakan kenaikan tiga kali ganda berbanding dua dekad lalu, menurut pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Encik Arthur Lang.



Lebih 300,000 orang di Singapura menderita penyakit buah pinggang kronik, dan banyak lagi masih tidak didiagnosis kerana simptomnya yang tidak ketara.



"Jika diabetes dan penyakit kronik lain tidak dikawal, 'tsunami buah pinggang' tidak dapat dielakkan. Untuk memerangi peningkatan yang membimbangkan dalam kes kegagalan buah pinggang, pencegahan dan pengesanan awal mesti menjadi keutamaan.



"Misi kami dalam memberi kehidupan dan harapan melebihi dari menjadikan dialisis lebih mudah diakses, dimampui dan menyediakan penjagaan menyeluruh untuk pesakit kami. Kita mesti terus menggandakan usaha kita dan bekerjasama dengan masyarakat dan rakan kongsi penjagaan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran tentang buah pinggang,'' ujar Encik Lang.



Beliau berkata demikian di pelancaran Pusat Dialisis NKF di Toa Payoh yang diperluaskan bagi memenuhi keperluan 168 pesakit, dari 84 pesakit sebelum ini.



Bilangan stesen dialisis juga berganda dari 14 kepada 28 buah.



Ia hasil sumbangan besar sebanyak $2.2 juta oleh Toa Payoh Seu Teck Sean Tong (TPSTST), sebuah kumpulan penganut dari kuil Buddha.



Pusat dialisis berasaskan masyarakat yang tertua di Singapura itu, yang dibentuk sejak 36 tahun lalu, terletak di Blok 225 Lorong 8 Toa Payoh .



Pusat Dialisis itu dilancarkan oleh Anggota Parlimen GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, dan pengerusi TPSTST, Encik Yeo Siow Guan pada Ahad, menurut kenyataan NKF.



"Kerjasama NKF dengan Seu Teck akan memberi manfaat kepada keluarga dan penjaga mereka. Usaha ini juga penting untuk mewujudkan kesedaran tentang penyakit buah pinggang dan untuk penduduk, membuat pemeriksaan kesihatan buah pinggang secara awal,'' kata Encik Saktiandi.



Seorang pesakit NKF, Encik Kamis Rubaie, menyatakan beliau menghidapi penyakit diabetes (Jenis 2) sejak lebih 15 tahun sebelum doktor memberitahunya bahawa buah pinggangnya gagal.



"Selama bertahun-tahun, saya cuba mengawal pemakanan saya dengan kurangkan gula dalam kopi dan teh. Namun, saya tidak menyedari kandungan gula yang tinggi dalam buah-buahan tertentu yang saya percayai adalah baik untuk kesihatan saya, seperti tembikai, durian, dan pisang, dan saya memakannya dengan kerap tanpa kesederhanaan.



"Jika saya boleh memutarkan masa, saya akan jadi lebih sedar tentang pengambilan buah saya dan dapatkan nasihat pemakanan untuk menguruskan diabetes saya dengan lebih baik. Sekarang, saya menggalakkan anak-anak saya untuk mengambil berat tentang pengambilan gula mereka dan pergi buat pemeriksaan kesihatan secara tetap,'' katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >