Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21

Kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di dormitori S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di dormitori S'pura

Feb 07, 2021 | 07:25 AM

Kementerian Kesihatan (MOH), bersama satu panel pakar, telah mengesan kes pertama kemungkinan jangkitan semula Covid-19 di Singapura. 

MOH berkata warga Bangladesh berusia 28 tahun itu memegang permit kerja dan menetap di sebuah dormitori di 43 Tech Park Crescent.

Beliau disahkan mengalami jangkitan Covid-19 pada 12 April lalu dan kemudian pulih serta secara konsisten diuji negatif mulai Jun. 

Namun pada 25 Januari, keputusan ujiannya positif Covid-19 dan beliau diasingkan. Beberapa ujian berulang dijalankan selepas itu turut menunjukkan keputusan yang positif.

Beliau dikenal pasti menerusi ujian pemantauan yang dijadualkan sebagai sebahagian usaha pemantauan MOH terhadap pekerja yang pulih untuk memantau imuniti mereka pasca jangkitan.

Pekerja itu juga melaporkan tidak sihat pada 22 dan 23 Januari, namun selain itu, beliau adalah asimptomatik. 

MOH berkata sementara jangkitan semula jarang berlaku, panel pakar yang terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan pakar mikro biologi dari Pusat Penyakit Berjangkit Nasional, Hospital Besar Singapura dan Makmal Kesihatan Awam Nasional, meneliti bukti makmal dan klinikal dan mencadangkan bahawa kes itu adalah kemungkinan satu jangkitan semula. 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3