Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Tolak pemulihan tanda akar ideologi radikal dalam, perlu dikosongkan: Asatizah

Ahli RRG: Bekas guru agama yang dikenakan Arahan Penahanan ISD perlu pemulihan berterusan untuk lihat kesilapan fahamannya
ISD
Jun 10, 2021 | 05:30 AM



KEENGGANAN menerima pemulihan keagamaan membuktikan betapa dalamnya akar ideologi radikal yang membentuk kepercayaannya.



Ia juga menunjukkan betapa otaknya telah dibasuh untuk mempercayai semua elemen radikal yang dilihat atau dibacanya sebagai betul, sekali gus menjejas keterbukaannya menerima pandangan lain yang bertentangan.



Demikian rumus beberapa asatizah Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) yang dihubungi Berita Harian mengenai kes mantan guru agama sambilan Ruqayyah Ramli, yang dikenakan Arahan Penahanan (OD) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Ruqayyah 34 tahun, menjadi radikal kerana dipengaruhi suaminya, Mohd Firdaus Kamal Intdzam, dan sebelum ini dikenakan Arahan Sekatan (RO) selama dua tahun di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Ogos tahun lalu.



Menurut Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) semalam, tingkah laku Ruqayyah bertambah buruk sejak itu dan dia terlibat dalam kegiatan yang menjejaskan keselamatan Singapura.



Dia juga tidak memberi kerjasama ketika mengambil bahagian dalam program pemulihan.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, menggesa orang ramai supaya terus berwaspada dan memastikan orang di sekeliling tidak terpengaruh oleh fahaman radikal.



"Meskipun tidak begitu menonjol, kes-kes radikalisasi terus wujud dalam kalangan masyarakat.



"Oleh itu, kita perlu terus memantau dalam kalangan anggota keluarga, teman-teman, dan jiran untuk mengenal pasti mereka yang boleh terpengaruh oleh kepercayaan ekstremis," tulisnya dalam satu pos di Facebook.



Pengaruh ideologi radikal terhadap pemikiran individu seperti Ruqayyah terlalu kuat hingga mereka tidak terbuka untuk menerima pandangan lain yang bertentangan, ujar seorang anggota RRG, Ustazah Syifaa' Yusra Mansor.



Menurut beliau, mereka biasanya terlalu banyak mendalami elemen radikal dan percaya bahawa semuanya adalah ajaran betul.



"Oleh itu, sukar untuk mereka hapuskan ideologi sebegitu, ibaratkan gelas air yang penuh, yang sudah tidak boleh dituang lagi air ke dalamnya.



"Satu-satunya jalan keluar ialah dengan mengosongkan gelas itu.



"Mereka juga lazimnya tidak mahu mendengar pendapat orang lain yang bertentangan dengan apa yang dipercayai mereka," ujar Ustazah Syifaa', yang juga seorang penyelidik di sebuah institut pengajian tinggi.



Beliau menambah bahawa tujuan pemulihan ialah supaya seseorang individu dapat dipandu untuk mendalami ajaran sebenar Islam dan bermuhasabah, namun oleh kerana Ruqayyah enggan menerima pendekatan pemulihan, tindakan lebih keras perlu diambil supaya dia tidak terus terjerumus.



Kes seperti itu lebih mencabar dan memerlukan masa dan pendekatan pemulihan berterusan untuk membantu individu seperti Ruqayyah dapat melihat kesilapan fahaman mereka, ujar seorang anggota sekretariat RRG, Ustazah Nur Irfani Saripi, yang juga seorang penyelidik di Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS).



"Dia mempunyai keinginan menjadi seorang Muslim baik, tetapi tidak menerima panduan betul.



"Dengan pemahaman sebenar tentang Islam, dia mungkin dapat menyalurkan tenaganya untuk menjadi Muslim lebih progresif di Singapura," kata beliau.



Setiausaha RRG, Ustaz Dr Mohamed Feisal Mohamed Hassan, berkata pendekatan pemulihan bukan proses mudah dan mengambil masa, usaha serta daya tahan mental daripada kaunselor keagamaan.



"Mereka perlu meruntuhkan salah fahaman agama serta sistem kepercayaan individu dan perlu memastikan mereka sedar kepercayaan itu salah.



"Proses ini boleh memakan masa lama tanpa tempoh masa tertentu.



"Pemulihan juga hanya berkesan jika individu yang menerima kauseling terbuka untuk berubah, dan malangnya ini tidak berlaku dalam kes ini," kata beliau.



Namun, Ustaz Dr Mohamed Feisal berkata RRG akan terus berusaha melakukan yang terbaik untuk kes-kes seperti itu.




KES RADIKALISASI TERUS WUJUD DALAM MASYARAKAT



"Meskipun tidak begitu menonjol, kes-kes radikalisasi terus wujud dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, kita perlu terus memantau dalam kalangan anggota keluarga, teman-teman, dan jiran untuk mengenal pasti mereka yang boleh terpengaruh oleh kepercayaan ekstremis."
- Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), menulis dalam satu pos Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >