Subuh
5:29
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kes 'ragging' NSF: Pegawai SCDF didapati bersalah kerana cuai

Aug 18, 2020 | 07:06 PM




SEORANG pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) telah didapati bersalah oleh Mahkamah Daerah pada Selasa (18 Ogos) di atas penglibatannya dalam kejadian 'ragging' yang meragut nyawa seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) dua tahun lalu.




Nazhan Mohamed Nazi, 42 tahun, didapati bersalah bertindak cuai dengan gagal menghalang pegawai bawahannya daripada melakukan kegiatan 'ragging' itu pada malam 13 Mei 2018.


Pegawai bawahannya, yang merupakan pegawai perkhidmatan SCDF, telah memaksa Koperal Kok Yuen Chin, seorang NSF, untuk memasuki perigi pam sedalam 12 meter di Balai Bomba Tuas View pada malam itu untuk meraikan Tempoh Tamat Perkhidmatan (ORD) yang bakal dilalui Koperal Kok.



Koperal Kok akhirnya lemas setelah beliau ditolak ke dalam perigi itu oleh seorang lagi pegawai perkhidmatan, Muhammad Nur Fatwa Mahmood.




Semasa kejadian, Nazhan merupakan Timbalan Komander stesen tersebut sementara rakan kerjanya, Kenneth Chong Chee Boon, 40 tahun, sebagai Komander. 




Nazhan dijangka kembali ke mahkamah pada 15 September.



Dia boleh dipenjara hingga tiga bulan dan/atau didenda hingga $1,500 bagi kesalahannya.   




 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >