Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes 'ragging' sebabkan kematian: Dua komander SCDF hadapi tuduhan asal

Apr 06, 2021 | 05:30 AM



DUA komander daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang sebelum ini disabit dengan tuduhan yang dikurangkan dalam kes 'ragging' hingga menyebabkan kematian pada 2018 akan menghadapi tuduhan asal yang lebih serius, berikutan keputusan Mahkamah Tinggi.



Semalam, Hakim See Kee Onn memutuskan bahawa bekas komander rota Balai Bomba Tuas View Kenneth Chong Chee Boon, 40 tahun, dan timbalan komander balai bomba itu, Nazhan Mohamed Nazi, 42 tahun, didapati bersalah kerana secara senjaga membantu anggota pegawai bomba menyebabkan kecederaan serius kepada Koperal Kok Yuen Chin dengan bertindak terburu-buru yang membahayakan nyawa manusia.



Koperal Kok, yang ketika itu berusia 22 tahun, lemas dalam perigi pam semasa 'ragging' itu pada Mei 2018.



Dua pegawai itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara 10 minggu pada September tahun lalu kerana penglibatan mereka, setelah disabit bersalah melakukan perbuatan cuai.



Hakim Daerah Kanan Ong Hian Sun sebelumnya mengatakan bahawa mereka bersikap "sangat cuai".



Namun, dalam ucapan lisannya semalam, Hakim See mengatakan Hakim Ong telah membuat kesilapan ketika mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan tuduhan yang lebih serius terhadap dua individu tertuduh itu, dan bahawa tuduhan asal terbukti tanpa keraguan yang munasabah.



Beliau membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan mensabit kesalahan kedua-dua individu tertuduh, dan akan mendengar penghujahan mengenai hukuman dan rayuan mitigasi mereka pada tarikh kemudian.



Individu yang didapati bersalah bersubahat dalam melakukan tindakan terburu-buru yang menyebabkan cedera parah boleh dipenjara hingga empat tahun, didenda hingga $10,000 atau dikenakan kedua-dua hukuman.



Dalam satu perbicaraan sebelum ini, Hakim Ong meminda tuduhan mereka menjadi tuduhan melakukan perbuatan cuai yang membahayakan nyawa seseorang.



Hakim Ong menyatakan bahawa Chong dan Nazhan tidak berada di tempat perigi itu dan tidak berpeluang mengambil langkah campur tangan atau tindakan mengelak kejadian itu.



Bagaimanapun, mereka bertanggungjawab memastikan nyawa Koperal Kok tidak dibahayakan semasa beliau bertugas, ujarnya.



Sebelum ini, tiga pegawai SCDF - yang juga pegawai di bawah Chong dan Nazhan - didapati bersalah berhubung kes itu dan dijatuhi hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >