Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:56
Asar
4:20
Maghrib
6:57
Isyak
8:11
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Setempat
27
0

Kes rasuah di S’pura naik sikit tapi terkawal, stabil

Apr 25, 2019 | 07:22 PM



MESKIPUN jumlah kes rasuah baru yang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) meningkat sedikit tahun lalu, keadaan rasuah di Singapura terkawal dan stabil.



Sementara itu, kes rasuah melibatkan individu dari sektor swasta terus membentuk kebanyakan kes baru yang disiasat CPIB.



Menurut perangkaan terkini CPIB yang dikeluarkan hari ini, mereka menerima 358 laporan berkaitan rasuah tahun lalu, merosot sekitar 3 peratus berbanding 368 laporan berkaitan rasuah yang diterimanya pada 2017.



Sementara itu, CPIB menyiasat 107 kes baru tahun lalu, naik 4 peratus berbanding 103 kes baru yang disiasatnya pada 2017.



Daripada 107 kes baru yang disiasat tahun lalu, 88 peratus atau 94 kes melibatkan individu daripada sektor swasta yang menerima, memberi atau menawarkan sogokan.



Sekitar 15 peratus daripada kes itu melibatkan kakitangan sektor awam yang menolak sogokan yang ditawar oleh individu daripada sektor swasta.



Baki 12 peratus kes baru yang disiasat CPIB tahun lalu pula melibatkan kakitangan sektor awam yang menerima, memberi atau menawarkan sogokan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >