Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rasuah di SG tahun lalu paling rendah dalam lima tahun

Apr 23, 2021 | 05:30 AM



LAPORAN berhubung kegiatan rasuah menjunam ke paras terendah dalam lima tahun tahun lalu, menurut Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), yang mengeluarkan statistik tahunannya semalam.



Sebanyak 239 kes berhubung rasuah dilaporkan tahun lalu - sekitar 31 peratus lebih rendah daripada 350 kes yang dilaporkan pada 2019, dan 358 kes pada 2018.



CPIB berkata ini boleh disebabkan pandemik Covid-19, yang mengakibatkan kegiatan ekonomi berkurangan dalam sektor privet.



Pengarah CPIB, Encik Denis Tang, berkata: "Meskipun ada cabaran yang dikemukakan pandemik Covid-19, Singapura terus mengekalkan kadar rasuah rendah dan kedudukan antarabangsa baik sebagai antara negara paling tidak terjejas oleh rasuah."



Menurut CPIB, 81 daripada 239 kes berhubung rasuah yang diterimanya tahun lalu ialah kes baru, berbanding 119 kes baru pada 2019.



Kadar mereka yang didapati bersalah bagi kes CPIB tahun lalu ialah 97 peratus, tidak termasuk kes ditarik balik.



Salah satu kes itu melibatkan staf sarjan polis Mahendran Selvarajoo, 32 tahun.



Mahendran dijel dua tahun kerana melakukan hubungan seks dengan dua wanita yang sedang disiasat bagi dua kes berasingan.



Hubungan seks itu sebagai balasan kerana membantu salah seorang wanita berkenaan mengelak didakwa di mahkamah dan membantu seorang lagi dengan memberi jawapan sewajarnya kepada majikan berhubung kesnya.



Mahendran juga menyalin video peribadi dan fail dari alat elektronik wanita itu ke alat simpanan miliknya tanpa kebenaran.



CPIB berkata: "Penggunaan forensik digital dan alat penilaian kewibawaan membantu kami membongkar kesalahan Mahendra dan hasratnya menerima rasuah."



Ia juga berkata liputan media mengenai kes tersebut membantu meningkatkan kesedaran awam dan ia menerima maklumat bagi kesalahan serupa melibatkan orang lain.



Dalam pada itu, CPIB berkata ia terus berusaha mendekati orang muda.



Satu kajian yang dijalankan oleh Politeknik Republic (RP) tahun lalu menunjukkan hampir tiga suku daripada sekitar 1,000 peserta tinjauan berusia antara 15 tahun dengan 25 tahun tidak tahu kewujudan CPIB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >