Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rasuah kendalian CPIB berkurang ke jumlah paling rendah baru

Apr 07, 2016 | 02:15 PM



JUMLAH kes rasuah yang dikendalikan Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) berkurangan ke paras terendah baru tahun lalu, walaupun aduan rasuah bertambah, menurut statistik terkini agensi itu.



Tahun lalu, CPIB menerima 877 aduan, bertambah 19 peratus daripada 736 kes pada 2014. Sebanyak 132 kes kemudian menjadi kes yang boleh diteruskan, turun daripada 136 kes pada 2014.



Daripada 132 kes itu, 11 peratus melibatkan pegawai awam - kurang 4 peratus berbanding tahun sebelumnya.



Selebihnya kes sektor swasta.



Angka itu dikeluarkan pada Khamis (7 April) semasa pelancaran pameran bergerak CPIB, Perihal Rasuah Didedah.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong, yang melancarkan pameran itu, berkata Singapura sering menduduki tempat baik dalam ranking rasuah antarabangsa, dan negara lain sering menghantar pegawai ke sini untuk mengkaji sistem negara ini.



Encik Lee berkata statistik rasuah rendah Republik ini adalah hasil tiga faktor: kepimpinan politik kuat, rangka kerja antirasuah teguh dan menyeluruh, dan masyarakat menjauhkan diri daripada rasuah.



Perdana Menteri Pengasas Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew, dan pasukannya tahu Singapura mesti bermula daripada keadaan bersih tanpa rasuah, kata beliau.



"Mereka memahami bahawa hanya satu tempoh tidak cekap, Pemerintah rasuah, maka sistem akan penuh rasuah, dan barah itu akan tertanam dalam sistem itu," ujar Encik Lee.



Bagi menguatkuasakan undang-undang antirasuah, kata Encik Lee, CPIB dibiarkan menjadi agensi bebas, dan boleh menyiasat sesiapa sahaja, termasuk pegawai kanan awam dan menteri.



"Semua orang tahu apabila CPIB mengajak awak pergi 'lim kopi', ia bukan satu jemputan biasa," kata Encik Lee, menggunakan frasa Hokkien bagi 'minum kopi'.



Warga Singapura juga mengharapkan dan menuntut sistem bersih, dan tidak membiarkan amalan memberi atau menerima "pelincir sosial" untuk mendapatkan sesuatu.



Pada pameran di tingkat bawah Perpustakaan Negara itu, Encik Lee turut menyampaikan plak penghargaan kepada individu daripada sektor awam dan swasta yang telah menolak rasuah dalam menjalankan tugas mereka.



Pameran yang menjejak perjalanan antirasuah di Singapura itu diadakan di Perpustakaan Negara dari Khamis (7 April) hingga 22 Mei.



Ia kemudian akan ke perpustakaan di Tampines, Bishan, Jurong dan Woodlands dari Jun hingga Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >