Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rompakan di Ang Mo Kio: Tiga lelaki diberkas

Aug 16, 2019 | 02:58 PM



TIGA lelaki warga Singapura berusia antara 27 tahun dengan 36 tahun telah diberkas polis dalam kes rompakan kedai emas di Ang Mo Kio.



Mereka berjaya diberkas dalam masa 36 jam kejadian tersebut yang berlaku di Blok 574 Ang Mo Kio Avenue 10 pada 14 Ogos lalu.



Barang kemas yang dirompak juga berjaya didapatkan semula.



Siasatan awal mendapati seorang lelaki yang memakai topi keledar hitam, seluar jeans dan jaket biru gelap, sarung tangan hitam dan kasut hitam telah memasuki kedai emas itu dan merompak barang kemas bernilai sekitar $100,000.



Semasa sidang media yang diadakan hari ini, Timbalan Pengarah 2, Jabatan Siasatan Jenayah (CID), SAC Lian Ghim Hua, berkata menerusi siasatan, pegawai dari CID, Divisyen Risikan Polis Divisyen Polis Ang Mo Kio, Bedok dan Woodlands dapat mengenal pasti identiti ketiga-tiga suspek tersebut.



Suspek berusia 27 tahun akan dihadapkan di mahkamah hari ini, sementara dua lagi suspek akan dihadapkan di mahkamah esok.



Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan dirotan tidak kurang dari enam sebatan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >