Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes rusuhan di Chinatown: Suspek ke-13 diberkas, hadap mahkamah hari ini

May 15, 2020 | 01:48 PM



POLIS telah menahan suspek ke-13 yang didakwa mempunyai kaitan dengan pergaduhan Chinatown hujung minggu lalu.



Lelaki berusia 18 tahun itu telah didakwa di mahkamah daerah hari ini.



Muhammad Ilham Noordin, 18, dituduh menggunakan senjata ketika melakukan rusuhan di tingkat 16 Blok 101 Upper Cross Street, People's Park Center, sekitar 3.30 pagi pada 10 Mei lalu.



Dia akan direman di Bahagian Polis Sentral dan akan dihadapkan semula di mahkamah pada 21 Mei ini.



Remaja itu dikatakan telah bersekongkol dengan empat lelaki sehingga menyebabkan kecederaan kepada lima yang lain.



Kawan-kawannya yang dituduh adalah: Muhammad Roslan Mohamed Rumli, 29, Muhammad Syukri Muhammad Iskandar, yang umurnya tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah, Muhammad Farid Surian dan Noor Najat Alwi, yang kedua-duanya berusia 20 tahun.



Roslan, Farid dan Noor masing-masing dijatuhkan tuduhan serupa semalam dan mereka kini direman di Divisyen Polis Sentral.



Anggota kumpulan lain dikatakan sebagai Encik Muhammed Shazryl Hykel Abdullah, Encik Muhamad Afiq Hilmi Mohamed Azmi, Encik Mohammad Zunnur Haq Abdullah, Encik Muhammad Syafie Abdul Razak dan Encik Muhammad Fadli Ahnaf Tan.



Jurucakap polis memberitahu The Straits Times pada Selasa lalu bahawa siasatan awal mendapati, pergaduhan itu berlaku berikutan pertikaian hubungan terhadap seorang wanita.



Polis mendapat laporan tentang rusuhan itu pada pagi Ahad dan menangkap tiga orang di tempat kejadian. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >