Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes salah dos vaksin Covid-19 libatkan 130 individu

Dari 16j dos vaksin Covid-19 diberi sejak pandemik
Oct 04, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 130 orang di Singapura telah diberikan dos vaksinasi Covid-19 yang salah, kata Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, di Parlimen semalam.



Hingga 26 September, sekitar 16 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak pandemik itu bermula, dan 11 orang telah diberi dos berlebihan manakala 119 orang telah diberi dos yang lebih rendah.



Mereka yang diberi dos yang salah itu termasuk tujuh kanak-kanak berusia lima dengan 11 tahun dan mereka tidak mengalami tindak balas buruk.



Bakinya, orang dewasa, juga tidak mengalami tindak balas buruk atau pulih tanpa banyak masalah.



Dr Janil berkata demikian ketika menjawab pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) berhubung kejadian bulan lalu di mana dua individu dewasa masing-masing diberi sebotol penuh vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 yang tidak dicairkan di sebuah klinik di Hougang.



Seorang daripada mereka dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit kepala dan degupan jantung yang meningkat. Beliau sudah dibenarkan pulang.



Pesakit kedua tidak melaporkan sebarang tindak balas buruk.



Klinik itu, yang berada di bawah Kumpulan Perubatan ProHealth, dan doktor yang memberikan vaksin itu telah digantung daripada Program Vaksinasi Negara sehingga dimaklumkan kelak.



Dr Janil berkata, sekiranya berlaku sebarang kesilapan dalam pentadbiran vaksin dan kecemasan perubatan selepas vaksinasi, penyedia vaksinasi dikehendaki melaporkannya kepada Kementerian Kesihatan (MOH) selewat-lewatnya tiga jam selepas kejadian.



Penyedia juga dikehendaki memaklumkan pesakit dengan segera apabila kesilapan vaksinasi telah berlaku dan memantau kesihatan mereka dengan panggilan telefon secara harian selama tujuh hari berikutnya untuk memastikan kesejahteraan mereka.



Sekiranya berlaku kesilapan, MOH akan melakukan siasatan, kata Dr Janil.



"Jika terdapat sebarang isu sistemik, kami akan bekerjasama dengan penyedia untuk menyemak dan memperbaiki proses kerja mereka," tambahnya.



Menjawab pertanyaan AP mengenai perlindungan bagi mengelakkan pemberian dos yang lebih atau kurang, Dr Janil berkata semua penyedia di bawah Program Vaksinasi Negara diberi lesen dan dikawal selia oleh MOH.



Peraturan tambahan yang menetapkan kriteria kelayakan, pencairan dan pentadbiran dos yang disyorkan untuk setiap vaksin telah dikeluarkan khususnya untuk vaksinasi Covid-19.



"Penyedia vaksinasi diharap dapat menilai kecekapan kakitangan mereka dalam pentadbiran vaksinasi Covid-19," tambahnya.



Dr Janil berkata MOH sedang menyiasat Kumpulan Perubatan ProHealth tentang kejadian itu dan akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang sewajarnya jika terdapat sebarang pelanggaran peraturan.



"Kami perlu mengenal pasti, pertama sekali, sama ada ini adalah isu dengan kakitangan individu, sama ada ia sesuatu tentang proses di lokasi atau sama ada ia sesuatu yang sistemik tentang keseluruhan proses vaksinasi," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >