Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes sampah maut di kondo: Lelaki yang lontar botol hingga warga emas maut dipenjara 5 tahun 6 bulan

Apr 09, 2022 | 12:06 AM



DIA datang ke Singapura untuk mencari kerja tetapi sebulan selepas tiba ke sini, warga Australia, Andrew Gosling, melakukan jenayah yang tidak masuk akal sehingga menyebabkan kematian datuk sembilan cucu.



Pada Jumaat (8 April), Gosling, kini 49 tahun, dihukum penjara lima tahun dan enam bulan selepas dia melontar botol dari tingkat tujuh kondominium di Spottiswoode Park Road, sehingga terkena kepala pemandu pengiriman, Encik Nasiari Sunee, 73 tahun, yang kemudian meninggal dunia.



Dalam apa yang pendakwa sifatkan sebagai kesalahan yang "menampilkan rasa permusuhan terhadap orang Islam" dan "diburukkan oleh sentimen keagamaan", Gosling melontar botol itu dari tingkat tujuh kondominium berkenaan ke arah sekumpulan warga Melayu-Islam di kawasan barbeku di tingkat lima yang tidak mengesyaki apa-apa.



Botol itu terkena kepala Encik Nasiari, meretakkan rangka kepalanya dengan dia kemudian meninggal dunia di hospital.



Botol itu memantul dari kepala warga emas itu dan terkena bahu kanan isterinya, Cik Manisah Sitri, 69 tahun, yang terpaksa membalut lengan kanannya selama dua bulan..



Gosling mengaku bersalah pada Februari tahun ini kerana melakukan perbuatan terburu-buru yang membawa pada kematian Encik Nasiari. Dia juga mengaku menyebabkan kesakitan buat Cik Manisah.



Dalam menjatuhkan hukuman pada Jumaat (8 April), Hakim Daerah Utama Victor Yeo bersetuju dengan pihak pendakwa bahawa tindakan Gosling diburukkan oleh sentimen keagamaan dan si pesalah menunjukkan rasa bermusuhan dengan orang Islam.



Kata Hakim Yeo: "Kesalahan sedemikian boleh secara serius melemahkan keharmonian kaum dan agama di Singapura dan tidak harus kita bertolak ansur dan harus ditangani secara tegas.



"Mengekalkan dan membangun keharmonian antara agama di Singapura adalah suci dan ini boleh membawa impak lebih meluas yang menyebabkan keresahan antara masyarakat Islam secara meluas.."



Timbalan Pendakwa Raya, G. Kannan, Thiagesh Sukumaran dan Ben Mathias Tan menjelaskan dalam dokumen mahkamah bahawa Gosling telah memasuki Singapura pada 15 Julai 2019 dan menyewa unit di tingkat tujuh kondominium Spottiswoode 18 pada bulan selanjutnya.



Pada 18 Ogos tahun itu, selepas minum arak, dia memandang ke bawah dari balkoni rumahnya dan terpandang sekumpulan penduduk Melayu-Islam sedang berhimpun di kawasan barbeku dua tingkat di bawah unitnya. Encik Nasiari dan isteri adalah sebahagian daripada kumpulan itu.



Pihak pendakwa berkata sewaktu siasatan, Gosling mengaku terlintas di mindanya yang dia "sepatutnya menggunakan senjata, seperti senapang" untuk menembak kumpulan seramai 15 orang itu.



Namun, dia kemudian mengetepikan fikiran sedemikian kerana dia berasakan ia adalah tindakan yang keji.



Sekitar 8.30 malam, Gosling meninggalkan unit rumahnya untuk membuang sampah di ruang membuang sampah bersama di lobi lif.



Di situ, dia temui botol arak kosong seberat sekitar 600 gram dan melontarnya ke arah kumpulan itu untuk mengejutkan mereka.



Dalam satu kenyataan awal, Peguam Negara berkata: "Dia berlari dari tempat kejadian selepas membuang botol itu untuk mengelakkan daripada dikesan, memekik kata-kata kesat berbaur keagamaan dan penghinaan terhadap orang Islam. Tindakan Gosling keterlaluan, tidak berasas dan mengerikan."



Kumpulan pendakwa juga memberitahu mahkamah bahawa Gosling melakukan tindakan itu kerana dia "marah dan kecewa" dengan serangan pengganas yang dilakukan kumpulan fundamentalis Islam di Bali dan Melbourne yang membunuh warga Australia.



Satu laporan psikiatrik menjelaskan bahawa pemikiran anti- Muslim Gosling ketika tempoh kesalahan dibuat adalah "pemikiran negatif obsesif" yang berlaku apabila dia mabuk dan "tidak melambangkan perasaan atau niat sebenarnya."



Pada 20 Ogos 2019, dua pegawai menemui Gosling dan menunjukkannya botol berkenaan. Dia menipu dan menyatakan dia tidak pernah melihat botol itu.



Tiga hari kemudian, Gosling diberitahu untuk hadir di Divisyen Polis Central untuk memberi kenyataan.



Dia kemudian menyedari dia boleh dijejaki selepas memberikan DNA dan cap jarinya kepada pihak berkuasa. Gosling akhirnya menyerah diri kepada polis pada 28 Ogos 2019.



Peguam Gosling, kaunsel kanan Encik N. Sreenivasan, Encik S. Balamurugan, Cik Gloria James dan Encik Kevin Liew, dalam rayuan mereka, berkata, tindakan Gosling sewaktu kejadian tidak menggambarkan niat sebenar dan tidak berkemungkinan berbaur keagamaan.



Dalam satu perbicaraan awal, mereka memberitahu mahkamah: "Kata-kata yang tertuduh ucapkan tidak membawa pada sebarang kecenderungan anti-Muslim - sebaliknya ia adalah hasil pemikiran obsesif negatifnya yang berlaku ketika dia mabuk.



"Pemikiran yang dilahirkan secara lisan adalah produk keadaan mentalnya yang tidak terkawal dan terjejas pada waktu itu dan kerana dia cenderung pada negativiti apabila dia mabuk."



Pihak pendakwa bagaimanapun menekankan Gosling menyimpan pemikiran permusuhan terhadap orang Islam dan bertindak dengan mensasarfkan botol itu di kawasan berhampiran meja Encik Nasiari.



Kerana menyebabkan kematian ekoran perbuatan terburu-buru, si pesalah boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda.



Kerana menyebabkan kesakitan dengan melakukan tindakan terburu-buru, seorang pesalah boleh dipenjara hingga empat tahun dan didenda hingga $10,000.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >