Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes serangan pisau di Yishun: Lelaki dalam perintah peringanan hukuman didakwa serang dua mangsa

Jun 25, 2022 | 11:53 AM



INDIVIDU yang dikatakan menyerang seorang lelaki dan wanita dengan pisau di sebuah blok di Yishun pada Khamis didakwa di mahkamah pada pagi Sabtu (25 Jun).



Abdul Karim V. Sickander, 58 tahun, dikenakan dua tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan dengan cara berbahaya.



Dia muncul di mahkamah menerusi pautan video dalam keadaan digari dalam tahanan.



Karim memakai kemeja-T polo putih dan pelitup biru.



Mengikut dokumen mahkamah, Karim dituduh menyerang Sri Bandiyah dan Dhanvan Jeet Singh Minder Singh dengan pisau sepanjang 26cm di 510A Yishun Street 51 pada petang Khamis.



Dia dituduh berbuat demikian ketika dalam perintah peringanan hukuman antara April 2020 dengan Oktober tahun ini. Dia boleh berdepan dengan hukuman lebih berat.



Hakim Daerah Sarah Tan membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk menahan Karim di Institut Kesihatan Mental bagi pemantauan pskiatrik.



Karim akan kembali ke mahkamah pada 8 Julai.



Akhbar The Straits Times melaporkan pada Jumaat bahawa serangan itu dikatakan berlaku selepas perselisihan faham berulang antara Karim dengan pasangan itu - lelaki berusia 62 tahun dan wanita berusia 41 tahun.



Penduduk di kawasan perumahan itu berkata tiga orang ini bertengkar teruk sepanjang minggu termasuk dalam satu kejadian pada Rabu di mana lelaki itu dikatakan mengancam pasangan itu dengan pisau.



Karim kembali semula pada Khamis dan dikatakan menyerang mereka.



Polis menyatakan serangan itu berlaku kerana perselisihan faham antara kededua lelaki yang mengenali satu sama lain. Mangsa digegaskan ke hospital selepas diserang.



Di tempat kejadian, kelihatan titisan darah dari lobi lif hingga ke pintu salah sebuah unit flat sewa.



Dalam satu video yang tersebar luas di dalam talian, beberapa kenderaan polis kelihatan di sepanjang jalan berhampiran flat berkenaan. Keterangan pada video menyatakan terdapat kejadian mengelar di blok itu.



Di atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan kaedah berbahaya yang boleh menyebabkan kematian, Karim boleh berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun, rotan dan denda.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >