Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes TB di Ang Mo Kio: MP puji doktor yang kesan 'tajam'

TB
Jun 16, 2016 | 12:30 PM



DOKTOR yang mengenal pasti kelompok batuk kering (TB) di Ang Mo Kio disifatkan sebagai "tajam" oleh Anggota Parlimen GRC itu, Dr Koh Poh Koon.



"Kami semua melihat ramai pesakit setiap hari dan agak menakjubkan bagaimana beliau mengaitkan enam pesakit sepanjang tempoh empat tahun," kata beliau mengenai Dr Cynthia Chee, kepada pemberita pada pagi Khamis (16 Jun).



"Ini satu pemerhatian tajam dan pujian harus diberi kepada beliau."



Dr Chee, daripada Unit Kawalan TB Hospital Tan Tock Seng, menyedari bahawa seseorang yang didiagnosis dengan penyakit TB tahan aneka ubat jenis sama tinggal di blok yang sama seperti lima kes sebelum ini, dan memaklumkannya kepada Kementerian Kesihatan (MOH).



Pada Khamis, pegawai MOH bekerjasama dengan Sata CommHealth untuk menjalankan pemeriksaan mengesan TB bagi penduduk Blok 203 di Ang Mo Kio Avenue 3 sebagai langkah berjaga-jaga.



Ini kerana doktor tidak dapat mengetahui bagaimana TB jenis yang sama boleh merebak dalam kalangan enam orang yang tinggal di empat unit berbeza dan berkata mereka tidak kenal satu sama lain.



Dr Koh, yang juga Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), berada di blok itu untuk bercakap dengan penduduknya.



Penduduk blok yang mempunyai 160 flat itu mula datang menjalani pemeriksaan selepas 9 pagi, walaupun tidak ramai bimbang tentang keadaan tersebut.



Pada Rabu malam, sukarelawan akar umbi, pegawai MOH dan Dr Koh pergi ke rumah penduduk untuk memberitahu mereka tentang keadaan tersebut, yang digambarkan MOH sebagai "sangat luar biasa".



Dalam satu pos Facebook pada pagi Khamis, Dr Koh menulis: "Lawati penduduk bersama sukarelawan akar umbi malam tadi dan menghabiskan masa di rumah mereka untuk berkongsi dengan mereka maklumat pendidikan tentang TB dan menggalak mereka mengambil bahagian dalam pemeriksaan percuma yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan di kolong blok sepanjang 4 hari akan datang.



"Ini lebih merupakan langkah berjaga-jaga untuk melindungi dan meyakinkan semua orang. Walaupun ia tidak wajib, saya menggalak mereka mengambil bahagian supaya mereka boleh berasa lebih sejahtera."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >