Subuh
5:35
Syuruk
6:52
Zuhur
12:56
Asar
4:03
Maghrib
6:58
Isyak
8:07
Setempat

Kes tembakan Khoo Teck Phuat: Polis sifat kes sebagai lepaskan tembakan tanpa kebenaran di bawah Akta Kesalahan Senjata

Jun 21, 2015 | 11:42 PM

Polis telah menyifatkan kejadian tembakan di Hospital Khoo Teck Phuat Sabtu lalu sebagai kes melepaskan tembakan senjata api tanpa kebenaran di bawah Akta Kesalahan Senjata.

Demikian menurut satu kenyataan polis yang dikeluarkan lewat malam Ahad.

Tuduhan itu membawa hukuman mati. Suspek yang terlibat dalam kejadian itu akan dibawa ke mahkamah pada 22 Jun dan akan didakwa melepaskan tembakan senjata api tanpa kebenaran di bawah Seksyen 4(1), yang membawa hukuman mati kata kenyataan polis.

Kejadian berlaku apabila seorang pegawai polis cedera ditembak di ibu jari tangan dan kaki semasa bergelut dengan suspek yang cuba melarikan diri di hospital itu.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian