Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tikam di Clementi: Polis berkas dua lelaki disyaki terlibat

Jan 16, 2022 | 05:30 AM



POLIS telah memberkas dua lelaki, berusia 26 tahun dan 28 tahun, yang disyaki terlibat dalam kejadian menikam menggunakan pisau di Clementi kelmarin.



Polis menerima laporan mengenai kejadian tersebut di Blok 413 Commonwealth Avenue West sekitar 10.30 pagi Jumaat.



Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata mangsa sedang berjalan ke arah tempat meletak kereta apabila dua lelaki itu menghampiri nya.



Salah seorang lelaki dipercayai menggunakan pisau untuk menyerang mangsa dari belakang.



Kededua lelaki itu kemudian melarikan diri dari tempat kejadian.



Mangsa telah mengalami luka di tangan dan tikaman di belakang, dan berada dalam keadaan sedar apabila dihantar ke hospital.



"Siasatan awal menunjukkan kejadian ini dipercayai satu serangan yang dirancang. Siasatan polis sedang berjalan," kata polis.



Menerusi siasatan di lapangan dan bantuan gambar daripada kamera polis dan kamera litar tertutup, pegawai daripada Divisyen Polis Clementi mengenal pasti identiti lelaki itu dan memberkas mereka pada hari yang sama, dalam masa sembilan jam dari insiden itu.



Dua lelaki itu didakwa di mahkamah semalam bagi kesalahan mencederakan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya dengan niat bersama.



Kesalahan itu membawa hukuman penjara hingga tujuh tahun, saman, dirotan, atau gabungan pelbagai hukuman tersebut.



Komander Divisyen Polis Clementi, Penolong Pesuruhjaya Polis Marc E, memuji pegawai kerana usaha gigih mereka memberi respons, mencari dan menangkap lelaki itu.



"Penangkapan pantas itu berlaku dengan bantuan kamera polis. Polis akan berusaha sedaya upaya untuk menjejak mereka yang melakukan tindakan sedemikian dan akan bertindak tegas terhadap mereka sejajar dengan undang-undang," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >