Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes tikam di ITE: Lelaki 69 tahun mengaku salah bunuh bekas isteri

Sep 15, 2021 | 05:30 AM



SEORANG lelaki berusia 69 tahun yang menikam dan mengelar bekas isterinya sebanyak lapan kali di kampus Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan yang dikurangkan semalam.



Mahkamah Tinggi mendengar bahawa Seet Cher Hng, seorang pesara, kemudian menikam dirinya 13 kali dengan pisau yang sama setelah menyerang Cik Low Hwee Geok, 56 tahun, di tempat letak kereta kampus yang terletak di Ang Mo Kio itu pada 19 Julai 2018.



Seet pada mulanya didakwa dengan pembunuhan di bawah Seksyen 300(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati mandatori.



Bulan lalu, pihak pendakwaan mengubah pertuduhan itu kepada kepada Seksyen 300(c) bagi pembunuhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan maut kepada Cik Low. Tuduhan itu membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup.



Semalam, pendakwa raya memberitahu mahkamah bahawa ia tidak akan membantah hukuman seumur hidup untuk Seet, lapor The Straits Times.



Seet tidak menentang tuduhan yang diubah itu dan dengan tenang mengatakan kepada mahkamah: "Saya ingin mengaku bersalah dan tidak ingin memberikan bukti."



Sewaktu pembunuhan itu, Seet telah bersara daripada pekerjaannya di Ibu Pejabat ITE dan bergantung pada pembayaran Tabung Simpanan Pekerja (CPF) setiap bulan.



Cik Low merupakan pengarah divisyen peperiksaan di Kolej Pusat ITE.



Pasangan itu berkahwin pada 7 April 1993, dan bercerai pada 13 Jun 2011. Mereka mempunyai seorang anak perempuan.



Mahkamah mendengar bahawa Seet tidak berpuas hati dengan pembahagian aset perkahwinan.



Dia percaya bahawa dia tidak mendapat bahagian yang adil daripada hasil penjualan unit kondominium di Corporation Road yang telah dibeli oleh pasangan itu bersama semasa mereka berkahwin.



Seet juga mengaitkan perceraian itu dengan kecurangan Cik Low, kata mahkamah.



Antara 2011 dan 2018, dia membuat beberapa tuntutan melalui e-mel kepada Ms Low, meminta sejumlah $200,000 hingga $500,000.



Sekitar sebelum Tahun Baru Cina pada 2018, Seet meninggalkan sepucuk surat di kaca depan kereta Cik Low, menuntut $500,000 dan mengancam untuk memulakan prosiding undang-undang.



Cik Low tidak memberi respons kepada tuntutannya, dan Seet semakin tidak puas hati, kata Timbalan Pendakwa Raya Hay Hung Chun kepada mahkamah.



Pada 19 Julai 2018, Seet mengambil kereta yang ditempahnya melalui laman perkongsian kereta, dan memandu ke kampus ITE itu.



Dia tiba di tempat meletak kereta kampus itu sekitar 4.40 petang dan menunggu hingga Cik Low muncul pada 7.30 malam. Dia kemudian menikam Cik Low, dan menikam dirinya.



Polis dihubungi sekitar 7.45 malam. Cik Low disahkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Kes itu ditangguh ke 22 September bagi mitigasi dan penjatuhan hukuman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >