Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Kes tipu GST: 6 lelaki hadapi tuduhan

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



ENAM lelaki warga Singapura telah dihadapkan ke Mahkamah Daerah semalam atas tuduhan terlibat dalam kes penipuan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkaitan penjualan barangan tidak wujud bernilai sekitar $114 juta.



Merujuknya sebagai kes "penipuan GST peniaga hilang", polis dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa kes ini merupakan pendakwaan pertama melibatkan tipu daya sedemikian.



Polis dan Iras berkata hasil daripada penipuan tersebut, Iras menerima tuntutan pengembalian GST berjumlah hampir $8 juta.



Enam tertuduh itu ialah Lee Chong Hoong, 41 tahun; Alvin Chua Han Soon, 42 tahun; Wong Meng Fai, 43 tahun; Tay Tiong Kiong, 43 tahun; Ang Chee Keong, 45 tahun; dan Koh Soo Lin, 61 tahun.



Mereka dituduh melakukan kesalahan tersebut pada 2015 dan 2016.



Tay menghadapi satu tuduhan pemalsuan. Lima yang lain masing-masing dikenakan dua hingga empat tuduhan atas kesalahan termasuk pemalsuan dan juga kesalahan di bawah Akta Syarikat.



Lee, Chua, Wong dan Ang dikatakan individu di sebalik operasi penipuan berkaitan dengan firma perdagangan borong Nagore Trading.



Polis dan Iras, bagaimanapun, berkata syarikat itu tidak mempunyai operasi perniagaan sebenar.



Semasa kesalahan itu didakwa dilakukan, Koh merupakan pengarah dua syarikat yang berurusan dengan produk berkaitan komputer -dTen Directions Enterprises dan Forte Communications.



Dia dikatakan telah membantu dalam penipuan tersebut dengan membolehkan dua syarikat tersebut membeli barangan yang tidak wujud dari Nagore Trading.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >