Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu lebih $6.1 juta: Polis siasat 236 suspek

Nov 20, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyoal siasat 236 suspek atas penglibatan mereka dalam kes-kes penipuan tentang kehilangan lebih dari $6.1 juta.



Suspek berusia antara 14 dengan 78 tahun, dikatakan terlibat dalam lebih 770 kes penipuan, termasuk penipuan cinta Internet, penipuan e-dagang dan penipuan menyamar sebagai pegawai dari China.



Jenis penipuan lain yang digunakan untuk menipu mangsa termasuk penipuan pelaburan, penipuan pekerjaan, penipuan penyamaran e-mel perniagaan serta penipuan pinjaman.



Suspek yang terdiri dari 163 lelaki dan 73 wanita, berjaya diberkas sewaktu operasi seluruh negara yang dijalankan polis antara 6 November hingga kelmarin.



Mereka sedang disiasat atas kesalahan menipu, pengubahan wang haram atau menyediakan perkhidmatan pembayaran tanpa lesen.



Pihak polis berkata mereka mengambil pendirian serius terhadap sesiapa sahaja yang mungkin terlibat dalam penipuan dan pelakunya akan ditangani mengikut undang-undang.



"Bagi mengelak daripada bersubahat dalam jenayah, orang ramai harus sentiasa menolak permintaan orang lain untuk menggunakan akaun bank atau talian mudah alih mereka kerana mereka akan bertanggungjawab jika ini dikaitkan dengan jenayah," kata polis dalam kenyataannya semalam.



Kesalahan menipu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.



Pengubahan wang haram membawa hukuman maksimum penjara sehingga 10 tahun dan denda $500,000.



Kesalahan menyediakan apa-apa jenis perkhidmatan pembayaran di Singapura tanpa lesen membawa hukuman denda sehingga $125,000 dan hukuman penjara sehingga tiga tahun.



Dalam kenyataannya yang lain kelmarin, polis berkata penipuan 'phishing' (atau pancingan data) sekali lagi menjadi tumpuan, selepas 378 orang menjadi mangsa dalam dua minggu pertama bulan ini.



Penipuan pancingan data ini biasanya melibatkan e-mel dan pesanan teks daripada alamat yang menyamar sebagai entiti yang dipercayai dan membuat tawaran atau tuntutan palsu untuk memperdaya penerima supaya menekan pautan URL yang disertakan dalam e-mel dan mesej teks itu.



Entiti yang dipercayai termasuk institusi seperti bank, agensi pemerintah, kesatuan sekerja dan syarikat seperti SingPost atau Grab.



Mangsa yang menekan URL pancingan data sedemikian akan ditipu untuk memberikan butiran kad kredit/debit mereka dan kata laluan sekali (OTP).



"Mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu setelah mereka menemui transaksi tanpa izin yang dibuat menggunakan kad kredit/debit mereka," kata polis.



Mereka menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengesahkan kesahihan maklumat yang terdapat dalam mesej dan e-mel dengan sumber rasmi, dan mengelak daripada menekan pautan URL yang terdapat dalam e-mel dan mesej teks yang tidak diminta.



Butiran perbankan Internet atau OTP tidak seharusnya didedahkan kepada sesiapa pun.



Sebarang bayaran penipuan ke akaun bank hendaklah dilaporkan dengan segera, dan kad yang berkait dengan akaun bank tersebut harus dibatalkan.



Jika anda mempunyai maklumat berkaitan dengan jenayah itu atau jika anda ragu-ragu, hubungi talian hotline polis di 1800-255-0000, atau kirimkan secara dalam talian di www.police.gov.sg/iwitness.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >