Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu pancing data kiriman bungkusan muncul semula

Jun 29, 2022 | 05:30 AM



KES penipuan pancingan data yang berkaitan dengan kiriman bungkusan barangan muncul semula melibatkan sekurang-kurangnya 454 mangsa sejak Januari tahun ini.



Jumlah wang yang lenyap mencecah sekurang-kurangnya $675,000.



Menurut kenyataan polis kelmarin, mangsa akan menerima emel atau pesanan teks dengan pautan, di mana mereka boleh melihat maklumat mengenai kiriman bungkusan berkenaan.



"Mangsa hanya menyedari mereka ditipu apabila mereka menemui butiran pemindahan wang yang tidak disahkan dibuat pada kad kredit atau debit mereka," kata polis lagi.



Orang awam dinasihati agar tidak klik pada sebarang pautan yang ditemui dalam emel dan pesanan teks yang tidak diminta dikirimkan dan pastikan mereka mengesahkan kesahihan maklumat yang diberi dengan laman rasmi atau sumber rasmi.



Mereka juga dinasihati untuk tidak mendedahkan butiran peribadi atau perbankan Internet dan melaporkan sebarang bayaran kad kredit atau debit palsu kepada bank mereka serta membatalkan kad mereka segera.



Sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan dengan jenayah demikian boleh menghubungi talian polis di 1800-255-0000.



Beberapa kaedah baru penipuan dikesan sejak permulaan bulan ini, dengan pihak berkuasa mengeluarkan banyak nasihat untuk memberi amaran kepada orang ramai agar berwaspada.



Dalam dua minggu pertama bulan ini, 67 mangsa kehilangan lebih $71,000 kepada varian baru penipuan itu.



Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) mengeluarkan tiga makluman dalam seminggu, dengan setiap satu memberi amaran mengenai satu varian penipuan yang berbeza.



Kaedah tersebut melibatkan emel tipu dengan lampiran mencurigakan, emel dan panggilan palsu daripada penipu yang menyamar sebagai pegawai Iras, dan panggilan Whatsapp daripada akaun palsu yang menggunakan logo Iras sebagai gambar profil mereka.



Orang ramai boleh mengunjungi laman scamalert.sg atau menghubungi hotline antipenipuan di 1800-722-6688 untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >