Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tipu peperiksaan: Peguam pelatih undur mohon dipanggil ke Bar

May 12, 2022 | 05:30 AM



SALAH seorang daripada 11 peguam pelatih yang menipu dalam peperiksaan Badan Peguam (Bar) 2020 telah dibenarkan mengundurkan permohonannya daripada dipanggil ke Bar semalam, selepas beliau setuju dengan dua syarat yang ditetapkan mahkamah.



Dalam satu sesi perbicaraan di hadapan Ketua Hakim Sundaresh Menon, Encik Leon Tay Quan Li telah bersetuju supaya tidak membuat permohonan baru bagi kemasukan ke Bar di Singapura, atau mana-mana bidang kuasa sepanjang sekurang-kurangnya lima tahun, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Encik Tay, 26 tahun, juga bersetuju jika beliau membuat permohonan baru, beliau akan diperlukan memenuhi segala keperluan yang ditetapkan Peguam Negara, Institut Pendidikan Guaman Singapura (Sile) dan Persatuan Guaman, atau mahkamah terhadap kelayakannya bagi memasuki Bar.



Encik Menon berkata, Encik Tay telah menunjukkan sikap tidak jujur apabila beliau menipu dalam peperiksaan itu dan cara beliau berdepan dengan isu tersebut.



Encik Tay telah memberi keterangan palsu tentang apa yang telah terjadi.



Beliau juga tidak mendedahkan secara sepenuhnya apa yang berlaku semasa menghantarkan permohonannya untuk disertakan dalam Bar.



Meskipun Encik Tay tidak layak dan sesuai untuk disertakan, tidak bermakna beliau akan kekal seperti itu buat selamanya, kata Encik Menon.



"Saya mengajaknya untuk melihat ini sebagai satu langkah pertama dalam perjalanan menuju ke arah pemulihan," kata beliau.



Encik Tay merupakan antara 11 bakal peguam yang ditangkap menipu dalam peperiksaan Bar yang dikenali sebagai Bahagian B pada 2020.



Peperiksaan tersebut diadakan secara dalam talian.



Beliau didapati bersubahat dengan seorang lagi calon peperiksaan, Cik Lynn Kuek Yi Ting.



Cik Kuek antara enam peguam pelatih yang permohonan mereka untuk memasuki Bar telah diketengahkan bulan lalu.



Pada 18 April, permohonan Cik Kuek telah ditangguh selama setahun, manakala permohonan lagi lima calon ditangguhkan enam bulan.



Pada 20 April, Encik Tay telah menulis kepada Pejabat Peguam Negara (AGC), menandakan keinginannya untuk menarik balik permohonannya bagi memasuki Bar.



Semalam, Encik Tay, yang diwakili Cik Luo Ling Ling, mengirim surat kepada media untuk meminta maaf atas "salah lakunya yang tidak boleh dimaafkan".



Beliau meminta maaf kepada semua anggota golongan peguam serta calon lain yang telah menduduki peperiksaan Bar tahun itu, termasuk orang ramai, dengan menyatakan beliau sangat menyesal atas kesilapannya dan mengecewakan ibu bapanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >