Subuh
5:54
Syuruk
7:16
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
Setempat0

Kes tunggal dalam masyarakat libat pemegang pas lawatan dari Nepal; seorang warga S'pura antara empat kes diimport

Nov 30, 2020 | 11:28 PM

KES tunggal dalam masyarakat pada Isnin (30 Nov) melibatkan seorang pemegang pas lawatan jangka pendek dari Nepal yang dibenarkan ke Singapura untuk menemui ahli keluarga yang merupakan warga setempat, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Lelaki berusia 35 tahun itu tidak menunjukkan simptom semasa tiba di sini dari Nepal pada 1 November telah dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) di pusat kuarantin khas sehingga 15 Novermber. Beliau juga diuji negatif bagi Covid-19 pada 11 November. 

Namun, lelaki itu diuji positif bagi Covid-19 sehari selepas menjalani ujian pada 28 November,  sebelum beliau berangkat ke Amerika Syarikat. 

Ujian serologi lelaki itu juga positif, mencadangkan beliau pernah dijangkiti Covid-19, kata MOH.

Menurut MOH, lelaki itu telajh menghinap di rumah temannya di sebuah flat di Bishan Street 22 dan telah melawat keluarganya yang tinggal di Yishun Avenue 6.

Baki empat kes pada Isnin melibatkan semua kes diimport, termasuk seorang warga Singapura yang telah tiba ke sini dari Jepun, dan tiga pemegang pas kerja yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia dan India.

Bilangan kes keseluruhan di Singapura kini 58,218. 

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map