Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tunggal masyarakat lelaki 32 tahun, makan bersama 12 ahli keluarga di Seoul Garden Tampines Mall: MOH

Nov 26, 2020 | 11:36 PM




SATU kes dalam masyarakat yang disahkan pada Khamis (26 Nov) melibatkan lelaki warga Singapura berusia 32 tahun yang bekerja sebagai jurutera perkhidmatan di Master Systems Marine Pte Ltd.




Beliau mengalami demam dan sakit tekak pada malam Isnin lalu dan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik umum (GP) keesokan harinya di mana beliau menjalani ujian Covid-19.



Lelaki itu dibawa ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID) keesokan harinya setelah disahkan positif.



Kes itu tidak berkait dengan kes terdahulu, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Khamis malam.



Pekerjaan lelaki itu menghendakinya menaiki kapal yang berlabuh di Marina South Pier dan West Coast Pier untuk melakukan kerja penyenggaraan.



Beliau biasanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai interaksi dengan anak kapal kecuali anggota kru yang menyelia.



Pada hari beliau tidak menaiki kapal, beliau berada di pejabatnya di Vertex Building Tower B di 33 Ubi Avenue 3.



Lelaki itu berkata beliau memakai pelitup ketika bekerja di kapal dan pejabat, dan mematuhi langkah pengurusan selamat dan jarak selamat.



Menurut MOH, Sabtu lalu, lelaki itu makan malam dengan 12 ahli keluarganya di Seoul Garden di Tampines Mall.



Mereka duduk di tiga meja tetapi terdapat pergaulan antara kumpulan.



Antara yang hadir ialah anak saudaranya yang berusia dua tahun, yang sebelum itu diberi MC lima hari dari 20 hingga 24 November kerana selesema.



Namun kanak-kanak itu telah disahkan negatif Covid-19.



Semua kontak rapat lelaki itu telah diasingkan dan dikenakan kuarantin.



Sementara itu, Mr Prata di 476 Tampines Street 44; Seoul Garden di Tampines Mall; Jinjja Chicken di Northpoint City; dan Wisteria Mall merupakan antara tempat dikunjungi pesakit Covid-19 semasa masih berjangkit, kata MOH. 




MOH menambah, lagi empat kes import turut dilaporkan pada Khamis.




Seramai 13 kes telah sembuh dan dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat, menjadikan jumlah 58,104 pesakit telah pulih sejauh ini.



Lagi 43 kes masih dirawat di hospital dan 20 diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.



Seramai 28 orang terkorban akibat komplikasi disebabkan oleh jangkitan Covid-19 sejauh ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >