Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tunggal setempat Covid-19 baru pekerja gudang, dikesan melalui ujian masyarakat Pusat Tekka

Nov 29, 2020 | 11:36 PM



SEORANG pemegang permit kerja dari India yang bertugas sebagai penolong gudang adalah antara lapan kes jangkitan Covid-19 baru yang dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad (29 November).



Lelaki berusia 41 tahun itu didapati tiada kaitan dengan kes sebelum ini, tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan dan dikesan melalui ujian pemantauan masyarakat dua pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.



MOH dalam kenyataannya pada Ahad malam menjelaskan lelaki itu kemudian dirujukkan ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit apabila ujiannya didapati positif Covid-19 pada 27 November.



Ujian serologi (mengesan antibodi dalam darah) yang dilaluinya turut mengesahkan keadaannya   yang positif Covid-19 lantas menggambarkan kemungkinan wujud jangkitan sebelum ini.



Menurut MOH, tugas pemegang permit kerja ini meliputi pengambilan stok di gudang yang bertempat di Cuff Road dan mengirim barangan ke Jothi Store and Flower Shop di 1 Campbell Lane.



Cuff Road dan Campbell Lane terletak di Little India tidak jauh daripada Pusat Tekka.



Beliau tidak berinteraksi dengan pelanggan di kedai itu.



Biasanya, beliau bekerja dengan seorang penolong gudang yang menjalani ujian swab pada 26 November dan didapati tidak menghidap koronavirus.



Pekerja migran ini menetap di Cuff Road bersama dua lagi pekerja migran yang kedua-duanya disahkan tiada Covid-19, tambah MOH.



Ujian pemantauan masyarakat bagaimanapun membolehkan MOH membendung awal kes tersembunyi dalam masyarakat seperti ini dan mengelakkan jangkitan lanjutan.



Secara keseluruhan, seramai 876 individu menjalani ujian yang dikhususkan buat pengendali gerai di dalam dan sekitar Pusat Tekka pada 26 November.



Daripada jumlah ini, dua didapati positif Covid-19 dengan kedua-duanya kemungkinan mempunyai jangkitan sebelum ini, sebagaimana yang disahkan daripada hasil ujian serologi mereka.



Sementara itu, sebanyak tujuh kes import pula dikesan pada Ahad. 



Antaranya termasuk dua pemegang pas lawatan jangka pendek. Salah seorang daripada mereka merupakan jurutera berusia 39 tahun yang datang ke Singapura dari Malta bagi satu projek kerja di sini.



Seorang lagi adalah lelaki berusia 58 tahun dengan sejarah perjalanan dari Belarus. Beliau ke sini untuk menyertai acara sukan mempertahankan diri campuran (MMA) sebagai seorang jurulatih.



Seorang pemegang pas lawatan jangka panjang dengan sejarah perjalanan dari Russia dan seorang pemegang pas pelajar dengan sejarah perjalanan dari India juga antara kes import baru yang dikesan.



Baki tiga kes adalah pemegang permit kerja yang bertugas di sini dan datang dari Indonesia. 



Semua kes import ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setibanya di Singapura. Mereka diuji positif Covid-19 sewaktu menjalani SHN.



Manakala itu, lima kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat. 



Sebanyak 31 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.



Dalam pada itu, tempat-tempat yang disenaraikan MOH sebagai lokasi yang dikunjungi kes Covid-19 termasuk Northpoint City, Courts Megastore (Cawangan Tampines), New World Centre, Mustafa Centre, Pusat Tekka, Tampines Mall, pasar raya NTUC FairPrice di Yishun Avenue 2 dan Mr Prata di Tampines Street 44.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >