Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes tuntutan mahkamah pemilik Mustafa Centre: Peguam kemukakan hujah 'tiada kes untuk dijawab'

Nov 10, 2020 | 10:45 PM



PERBICARAAN bersama dua kes tuntutan mahkamah terhadap pemilik Mustafa Centre, Encik Mustaq Ahmad dan keluarganya telah berakhir, setelah peguam bagi defendan menegaskan Encik Mustaq mahupun yang lain tidak perlu memberikan keterangan.



Dalam langkah yang jarang berlaku, peguam Encik Mustaq dan defendan lain memberitahu Mahkamah Tinggi mereka akan mengemukakan penghujahan 'tiada kes untuk dijawab'.



Ini bererti pihak defendan berpendapat pihak pendakwa tidak memberikan bukti mencukupi untuk menunjukkan unsur-unsur utama tuntutan mereka, dan oleh itu defendan tidak perlu memanggil bukti mereka sendiri.



Perbicaraan itu, yang bermula pada 13 Oktober lalu, dibicarakan lebih 20 hari sebelum berakhir semalam (9 Nov), dengan lebih 20 saksi termasuk tiga pakar memberi keterangan bagi kedua belah pihak.



Kedua-dua tuntutan mahkamah itu berkisarkan pada Mohamed Mustafa and Samsudin Co (MMSC), syarikat yang memiliki gedung beli-belah terkenal Mustafa Centre di Syed Alwi Road itu.



Selain Encik Mustaq, defendan lain ialah isteri beliau, Cik Ishret Jahan; anak mereka, Cik Shama dan Encik Osama; serta abang Cik Ishret, Encik Iqbal.



Satu tuntutan telah dikemukakan keluarga tiri Encik Mustaq, yang diwakili Peguam Kanan Davinder Singh dan Encik Jaikanth Shankar, sementara tuntutan lagi satu dikemukakan dua anak lelaki rakan perniagaan Encik Mustaq, Encik Samsuddin Mokhtar Ahmad, yang juga merupakan sepupu jauh Encik Mustaq.



Mereka diwakili Encik Sarbjit Singh Chopra dan Encik Sean La'Brooy.



Pendakwa menuduh defendan membayar diri sendiri bayaran pengarah berlebihan dan menyalahguna wang.



Mereka menambah bahawa urusan syarikat telah dijalankan dengan cara yang menindas kepentingan mereka sebagai pemegang saham minoriti.



Namun, Encik Mustaq, yang diwakili Penasihat Kanan Alvin Yeo dan Cik Koh Swee Yen, berkata beliau merupakan ketua yang telah menolong keluarganya sepanjang bertahun.



Beliau mendakwa bahawa tuntutan undang-undang tersebut didorong keserakahan bagi lebih banyak aset dan wang, dan hanya dikemukakan setelah bapanya dan Encik Samsuddin meninggal dunia dan tidak boleh lagi memberi keterangan. - The Straits Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >