Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kes varian Omicron: Seorang lagi kakitangan Lapangan Terbang Changi antara 3 kes baru yang dikenal pasti

Dec 11, 2021 | 12:15 PM



TIGA lagi individu, termasuk seorang pekerja barisan depan, telah lebih dahulu diuji positif bagi varian Omicron yang menyebabkan Covid-19, jelas Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (10 Disember).



Kakitangan khidmat penumpang itu bertugas di pintu masuk balai keberangkatan di Terminal 3, Lapangan Terbang Changi. MOH menjelaskan individu 38 tahun itu tidak berinteraksi dengan tiga kes yang dilaporkan awal sebelum ini.



Lagi dua kes merupakan penumpang yang pulang dari Britain menerusi penerbangan Laluan Perjalanan Orang Yang Divaksin pada Rabu.



Changi Airport Group (CAG) memberitahu akhbar The Straits Times pada Jumaat bahawa ia sedang mempertingkatkan langkah berjaga-jaga di lapangan terbang ini bagi mengurangkan penularan virus.



Ini termasuk mendapatkan kakitangan lapangan terbang barisan depan untuk mengambil ujian pantas antigen harian bagi tujuh hari mendatang, selain ujian rutin mereka.



Pada Khamis, MOH berkata dua pesakit Covid-19 di sini telah lebih awal diuji positif dengan varian Omicron.



Salah seorang daripada mereka adalah pekerja khidmat penumpang di Lapangan Terbang Changi yang berusia 24 tahun yang merupakan kes tempatan pertama di sini manakala kes kedua melibatkan kes import.



Sejak kemunculan varian baru ini yang dianggap sebagai varian pencetus keprihatinan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada penghujung November, Lapangan Terbang Changi telah mempertingkatkan ketetapan peralatan perlindungan peribadi bagi kakitangan yang menguruskan penumpang yang berpindah, jelas CAG.



Ia menambah kontak rapat pekerja yang terjejas juga telah diletakkan di bawah pemantauan rapi.



"Protokol keselamatan yang ketat terus diperkenalkan di Lapangan Terbang Changi bagi kesihatan dan keselamatan masyarakat di lapangan terbang.



"Kakitangan yang memberi khidmat buat penumpang di kawasan transit perlu lengkap divaksin dan mengenakan peralatan perlindungan peribadi yang sewajarnya," tambah CAG.



Ia berkata kakitangan yang berurusan rapat dengan penumpang dalam tempoh bekerja perlu menjalani ujian rutin yang dijadualkan dan mengambil ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) setiap tujuh hari.



Kakitangan barisan depan lain, termasuk mereka yang bertugas di kawasan awam, diperlukan untuk mengambil ART setiap tujuh hari, ujarnya.



"Dengan pandemik Covid-19 yang berubah, Lapangan Terbang Changi terus memantau situasi di lapangan terbang itu secara rapi dan menyesuaikan langkah keselamatannya bagi melindungi kakitangan lapangan terbang," tambah CAG.



Kakitangan yang terjejas bekerja di Terminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi.



Wanita itu mengambil ujian Covid-19 pada 8 Disember di bawah ujian rutin yang dijadualkan secara mingguan dengan hasil ujian PCR-nya menunjukkan tanda kaitan dengan varian Omicron, tambah MOH.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >